Rabu, Jun 24, 2009

bismillahhirrahmanirrahim....

Posted by ct hajar at 1:20 PTG
bismillahhirramanirrahim...
aku mulakan dgn kalimah ALLAH. semoga apa yg akan aku tulis jd iktibar & pengajaran buat semua. niat aku utk menulis hanya sekadar utk meluahkn apa yg terbuku dihati & diharap menjadi pengajaran buat semua pembaca. aku rasa ini cara yg terbaik utk meluahkan perasaan.

okeyla, kita mulakan dari awal.
namaku SITI HAJAR. itulah nama yg tertulis di surat beranakku. aku dilahirkan pada 10 ogos 1985, jam 6.07 pg sabtu. aku mempunyai 5 orang adik beradik & aku merupakan anak ke-3 drp 5 beradik. aku mempunyai seorang abang, seorang kakak dan dua org adik perempuan.

aku tak ingat bagaimana kisahku masa kecil. yg ku igt, abah memanggil aku 'anak keling' kerana mungkin rupaku iras-iras anak india. sewaktu kecil aku seorang anak kecil yang lincah, agak kasar dan tomboy. aku tidak gemar memakai baju-baju yg dipakai oleh anak-anak kecil perampuan yang lain. aku tidak tahu mengapa. yang nyata aku lebih selesa memakai t-shirt, dan berseluar. dalam adik beradikku aku merupakan anak yang paling lama menyusu ibu. sehingga umurku mencecah 4 tahun baru aku bercerai susu. mungkin kerana itu aku mendapat adik. sebelum kehadiran adikku, aku membahasakan diriku adik kerana aku yg paling bongsu ketika itu. sebelum kehadirn adikku, aku rasa kami tiga beradik sgt rapat...

ibu bapaku merupakan seorang penoreh getah. hidup kami tidaklah begitu mewah. tetapi alhamdulillah, kami tidak pernah tidak menjamah makanan. aku tinggal di Muar, Johor. aku dilahirkan disitu juga dibesarkan dan dididik disitu..aku igt dulu sewaktu kecil. kami tiga beradik di jaga oleh nenek sebelah bapaku sewaktu kedua ibu bapaku keluar mencari rezeki. nenekku seorang yang garang. tetapi dia juga baik hati. semasa dalam penjagaan nenekku, kami selalu mengikutnya ke kebun. di kebun, nenekku menanam ubi kayu. sementara nenekku berkebun, kami tiga beradik akan bermain di sekitar kebunnya. bermain dgn batang ubi kayu yg dijadikn kenderaan, mcm2 lagi.. tersenyum aku bila teringat kembali.

aku tinggal di Muar sehinggalah pertengahan tahun 1990. sewaktu itu, abah membeli kebun di Segamat. niatnya untuk memperbanyakkan harta. sekitar bln ogos, kami sekeluarga berpindah ke Segamat. kampung restu, Tekam. itulah yg aku igt nama tempat tersebut. di sana, tidak byk kemudahan seperti di kampungku di Muar. tiada bekalan elektrik, bekalan air. yang ada cuma jalan utk berhubung ke dunia luar. sewaktu berpindah ke sana, aku sedang menuntut di tabika. disebabkn aku berhijrah, aku tidak meneruskan pengajianku di tabika. abah pernah bertanya sama ada mahu sambung atau tidak. kukatakan tidak..

kehidupan disana sangatla kekurangan. tetapi tidaklah sehingga kekurangan makanan. kami tidak pernah berlapar. tetapi agak seronok utk dikenangkan. kebun disana penuh dgn semak samun. sehinggakan tidak ternampak rumah yang ada di tanah tersebut. jiran-jiran juga sangat jauh. aku hidup disana bertemankan lampu minayk tanah bila mlm. aku masih igt lagi...bila magrib, kami adik beradik akan pergi ke perigi yg lebih kurang 50-100 m jauhnya utk membersihkn badan. balik dr mandi kami akan menolong abah menarik air utk dibawa pulang ke rumah utk digunakan utk memasak. sewaktu senja, kami akan berarak pulang ke rumah. waktu petang terdengar kicauan burung dilangit. terasa keindahan ciptaan tuhan. waktu pagi pula seawal jam6 kami bangun utk pergi ke perigi utk mandi & siap sedia utk ke sekolah. terasa kedinginan di badan mandi seawal pagi. jam 6.30 kami akan bergerak ke sekolah. abah yang akan menghantar & menjemput kami. sekolah kami terlalu jauh. utk pergi ke sekolah, kami melalui kebun-kebun kelapa sawit. nama sekolahku Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Segamat. aku bersekolah di sana darjah 1. abangku berada di darjah 3, dan kakakku di darjah 4. tetapi kami tidak lama disana. pertengahan tahun kami berpindah semula ke Muar berikutan terdapat masalah yang tak dapat dielakkan. pihak kerajaan mahu mengambil balik tanah yg telah diterokai oleh para peneroka kerana dianggap kami meneroka secara haram.

sewaktu hidup disana, aku hampir-hampir mendapat seorang lagi adik. sewaktu aku darjah 1, emak mengandung. tetapi keguguran. mungkin disebabkan hentakan kerana emak akan mengambil aku pulang dari sekolah. jalan disitu juga tidak berapa rata. aku igt lagi mak mengadu sakit satu pagi. abah pun meminta bantuan dari jiran terdekat utk membawa emak ke rumah nenek yang terletak di Kundang Ulu. lebih kurang sejam lebih dari tempat aku duduki. aku, akak, abang & adik diletakkan di rumah jiranku. keesokkan paginya barulah kami berangkat kesana. tiba di sana, emak mengatakan adikku meninggal dunia kerana tidak cukup bulan. dia lahir di bulan ke-6 usia kandungan. rupa parasnya hampir lengkap. cuma lubang hidungnya cuma 1. semua tu takdir ilahi..kami terima semuanya. adikku itu perempuan dan diberikan nama Sit Fatimah.

setalah aku berpindah, kami meneruskan hidup di kampung lama kami sehinggalah sekarang. abah seolah-olah tidak dapat menerima kagagalannya yang lalu. impiannya utk mempunyai sebidang lagi tanah tidak kesampaian. mungkin itu bukan rezeki kami.


0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates