Selasa, Januari 26, 2010

L!fE MusT g0 On...

Posted by ct hajar at 10:24 PG 0 comments
bismillah....

hari ni 26 januari 2010. diam xdiam dh hmpr sbulan kita masuk thn baru. dlm bulan ni aku sibuk dgn kerja2 penyelidikan aku yg belum ade progress. hurmm... aku tengah berusaha dan terus berusaha menyiapkan kajian aku mengikut jadual yg dirancang. hope semuanya berjalan lancar.

sebenarnya aku hampir berputus asa dan lelah dgn semua kerja yg aku buat tidak mendatangkan hasil. semoga ALLAH memberi aku kekuatan utk meneruskan semua ini dan semuanya berakhir dengan baik. bermacam-macam tekanan yg aku hadapi. tekanan dr mslh peribadi, kawan2 dan juga org sekeliling yg membuatkan aku rasa tertekan. alhamdulillah aku dpt mengawal semuanya. syukur kepada ALLAH...

cukuplah aku rasa..setakat di sini sahaja coretan aku utk kali ni. sambung lain kali.. k, daa.. ASSALAMUALAIKUM....;)

Selasa, Januari 12, 2010

MeNtaRi H!dUp...

Posted by ct hajar at 1:06 PTG 0 comments


MENTARI HIDUP :: HAIKAL

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Suatu hari, ketika senja aku terdengarkan lagu ni di kaca televisyen. secara tidak sengaja, air mata ku mengalir mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan. terselit keinsafan di dada ini. lagu ini seperti kena dengan kehidupan yang aku lalui sekarang ni. aku bersyukur kepada ALLAH. Dia masih sayangkan hambaNya ini yang begitu kerdil. membawa aku kembali ke jalanNya ketika aku telah terleka dengan keasyikan duniawi dan terpujuk hasutan syaitan..

Jumaat, Januari 08, 2010

mengisi kekosongan..

Posted by ct hajar at 2:09 PTG 0 comments

assalamualaikum..
hari ini aku saja mencoret beberapa kata dan luahan kata bagi mengisi kekosongan bai mengurangkan segala ketegangan yang melanda beberapa hari ini. beberapa hari kebelakangan ni, aku rase begitu asing di bumi sendiri. ku tidak tahu mengapa. orang sekelilingku sudah tidak mengendahkan kehadiranku di muka bumi ini. dulunya, aku selalu dekat dengan dia. berkongsi segala cerita, segala suka dan duka kini semuanya hilang sedikit demi sedikit. semakin hari ku rasa semakin asing dgn hubungan ini. apakah erti kawan, apakah erti lawan? aku pn tidak tahu apa punca semua ini terjadi. hanya berserah pada yang maha esa, yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

seperti pemandangan di waktu senja, begitulah ku rasakan hidupku kebelakangan ni. suram... juga sunyi tanpa kehadiran insan yang disayangi. yang pergi buat seketika bagi memantapkan ilmu di dada. aku doakan semoga dia beroleh kejayaan yang diinginkan. aku akan setia menunggunya.

kadangkala hidup yang dirasakan kosong dan sunyi tidak sekosong dan sesunyi yang dirasakan. ALLAH sentiasa berada disamping kita. astaghfirullah... apakah yang aku rasakan hanyalah ilusi diri sendiri. semoga ALLAH sentiasa disampingku walau apa yang terjadi. ya ALLAH bantulah hambaMu ini yang terlalai dengan kemewahan duniawi sehingga terlupa kepada penciptanya.
 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates