Sabtu, November 13, 2010

MengAntuK (~__~)

Posted by ct hajar at 1:00 PTG 0 comments
hari ini aku mengantuk.. sebab ape mengantuk? sebab aku megantuk la. hahahaha....
malam hari tu (kamis mlm jumaat) aku xdpt tido...lepas tu dh bajet la ni nk balik dr opis awal then ley bayar aku pnye tido tu. kul4 aku pn balikla ke umah. gitu gini dlm 4.30++ gak aku landing atas tilam.. baru nk lelap mata, masni plak msg aku pasal plan ktorg mlm tu. ktorg nk celebrate bufday raha yg actually dh delay about 1 week. mase aku kt fak, aku tnye xnk jwb. jwb entah2 je... aku nk tido dia sibuk lak tnye pasal nk watpe mlm tu. kek nk tulis ape and extra. huhu... igt ok dhla... baru nk lelap lagi, 1 msg lg masuk.. Raha...aka org yg dirai mlm tu.. tnye knape masni msg dia pasal kek. kelakar gak aku dgr. haha... pernah ke org yg kt celebrate beli kek sndr. padahal plan org lain utk celebrate bfday dia. if dia yg planner nye okla kan?.. hehe... pas2, setel la pasal raha tu. baru nk lelap lagi sekali, msg masuk lagi skali gak.. salmi plak.. huhu.... letih aku msg ke semua org. last2 aku yg dpt nk tido. tgk jam dh 5.40. 5.45 nk solat asar.  so, lepas solat dlm kul6 aku tidola..
tp xdpt tido gak. huk2.. kesian aku... mlm tu (iaitu mlm td), ktorg celebrate bfday raha kt 'RED WOK'. okla.. kat situ ade steamboat & sizzling steamboat. mkn sea food la mlm td. hehe..... aku memang suke sea food. bykla jugak aku bedal. nasib baik gak aku mkn sea food jerk. xmkn nasi & lain2 tu. kalau x, mau xmuat perut aku nie. kekekeh.... kesimpulan tk mknn kat situ, its ok. but kuah tom yamnye terlebih garam sikit. kalau sesape yg xtau ktne Red Wok tu, ia terletak kt seksyen 8, Bangi. kalau sesiapa tahu Sup Urat Ketin kat Seksyen 7 tu, ha... Red Wok tu depan sikit je dgn Sup Urat Ketin tu. trafik light yg nk masuk sup urat ketin tu, terus je. sebelah kanan tu je Red Wok. kalau xpernah try, pegila...
ok, berbalik persoalan kenapa aku mengantuk td. hehe... after mkn, ktorg g teman Naimah pegi carik skola utk dia Mtest pada ari ini. kat Sekolah Menengah Presint 11 putrajaya. so, pusingla 1 putrajaya tu mecari skola mlm2 buta (after 12 ok!) pusing pnye pusing, it dh jmpe dh.. Skolah Kebangsaan Putrajaya presint 11 (3). rupanya, salah sekolah... pusing lagi sekali. akhirnye jumpe jugak skolah dia... lepas tu ape lagi, terus la balik umah. dlm hati, 'aku dh mengantuk ni!'.. kekekeh....
so sampai umah dlm 1.30 pg kot. lepas tu aku ngok ngek semua dekt kul2 jugak aku tido. bajet nk bgn lmbt la kan... skali tu, kul7 g kencing. pastu mate mcm dh susah utk dipejamkan. tp aku pejamkn jugak. hehe.. dlm kul8 dgr dorg dh borak2.. so bgnla aku...kemasla brg sikit2. sbb nk balik kg. pas2 cm mls giler nk gerak.. aku pn landing balik & set jam kul9. so, kul9 jugak aku bgn mandi & siap2 utk pulang ke kampung. akhirnya dlm lbh kurg 9.30++ pg aku gerak balik ke kampung halaman. dlm kul12 aku sampai umah. alhamdulillah.... walaupun agak lmbt, biasenye dlm 2jam aku drive balik kampung, tapi selamat jugak sampai. sbnrnye aku dh trauma gakla dgn kejadian 10.10.10 hari tu. accident yg melibatkn bas tergolek kat Simpang Ampat. dhla aku lalu jln tu. tu yg membuatkn aku kecut perut utk bawak kereta laju2... biarlah lambat asalkan selamat.
okla, aku mcm dh pening2 ni. huhu... perut pn dh kenyang. katil ni pn cm empuk semacam je.. hehe... bantal dh memanggil2.. so, ape lagi.. AKU NAK TIDUR!!!.... Good Night Everybody.. walaupun hari masih cerah. hahaha....
~WassalaM~

Ahad, November 07, 2010

For The Rest Of Mylife...

Posted by ct hajar at 6:53 PTG 0 comments



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I...I`ll be there for you

I know that deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything were changed when you came along
OOOO

And theres a couple word I want to say

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
I`m singing loud that I`ll love you eternally

Khamis, November 04, 2010

November 2010

Posted by ct hajar at 8:19 PTG 0 comments
assalamualaikum...
sekejap je kite dh masuk bln 11 kan? dh pghujung 2010 dh....2011 bakal menjelang. hurmm.... keje aku xsetel lg. keje yg sepatutnye sia dlm mase sethn ni. ape nk jadi dgn aku?? huhu.... tulis kt blog ni bagai nk gak!... tp xinsaf gak. keje xde progress pon.. cmne nk jd budak rajen? ade petua x? hehe....aku dh cube utk jd rajen. tp xrajen jugak.. cmne erk?? hurmm.... (berfikir).

Khamis, Oktober 21, 2010

Sedang Berusaha... m(",)m

Posted by ct hajar at 5:39 PTG 0 comments
assalamualaikum....
sekarang aku tgh berusaha dan terus berusaha utk menyiapkan master aku ni secepat yg boleh. hope smgt ni akan terus ada dlm diri aku ni. hehe... insyaALLAH.... ^_^

last week byk plak benda yang boleh membuatkn aku serabut, pening & susah utk melelapkan mata. lain x lain pasal bisnes ala2 MLM. huhu.... letih jugakla aku nk menepis semua anasir tu. at last, aku dpt jugak mengelak dr semua halangan tu. aku berjaya menarik diri dr menceburkan diri dlm bisnes MLM tu. YES!!... satu perkataan kemenangan buat aku. hahahaha..... aku bebas dr ikatan MLM. wakaka.... skrg ni, alhamdulillah aku rase semakin tenang & semakin lena tidurku tanpa ada sebarang gangguan & memikirkan benda tu. hehe.... skrg ni fokus utama aku adala MASTER. abis master, target aku nk tamatkn zaman bujang. yeehaaaa!!!.... =)

Isnin, Oktober 04, 2010

sakitla tangan nie.. ^________^

Posted by ct hajar at 11:21 PG 0 comments
Assalamualaikum...
hari ni tgn aku sakit & lenguh coz smlm aku pegang anak sedara aku si Aqiel tu. bdk tu...masyaALLAH.. aktif gile. bgn je, mesti gerak2 xtau penat. yg pegang dia yg penat. tido aje dia diam. semalam b4 msuk hgway dia dh tido dh. skali tu entah cmne ptghn hgway dia ley bgn. bg susu xnk, nk tgk luar je... pastu nk brg. igt nk susu, xnk jugak!... brg nk tgk pokok2 kt luar tu yg gerak2... aduyai... last2 merengek. bg susu xnk jugak. rupanya sejuk.. aku peluk br la diam. tp tulah, berdiri pulak. mane xlenguh cik ude dia ni.. huhu....
ni mase dia tgh tido..

ni tgh tido gak...aku yg pose maut. haha

time ni xtido lg. perjalanan baru nk bermula.. tgkla, xreti diam...
cmne nk ilangkn sakit tgn ni erk??... aku nk wish selamat hari raya gak wpun dh agak terlambat. hehehe.. maklumla.. aritu sibuk beraya. naik raya sibuk dgn EPC. huhuhuhu.. selamat semuanya dh lepas. skrg pay 150% attention to master research. wpun xbpe rela.. tp nk wat cmne, TERPAKSA... nk grad pnye pasal!...
kla, assalamualaikum!...jmpe next edition. ngeh3...

Khamis, Ogos 26, 2010

Mandi wajib. Sah x??

Posted by ct hajar at 10:21 PG 0 comments
Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh. Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A.

W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

~wassalam~

Rabu, Ogos 11, 2010

~:: Dari Hati ::~

Posted by ct hajar at 1:05 PTG 0 comments
hati ini pernah sakit,
hati ini pernah gembira,
hati ini pernah bahagia,
hati ini pernah luka,
luka yang akan sembuh..
walaupun sembuh parutnya tetap ada..
kalau tersalah sentuh lukanya akan berdarah kembali..

hati ini selalu merintih,
mengharapkan kasih seseorang,
mengharapkan sayang dari seseorang,
mengharapkan cinta dari seseorang,
mengharapkan perhatian dari seseorang,
masihkah ada kasih, sayang, cinta dan perhatian?..

hidup tak selalu indah,
hari ini gembira,
belum tentu esok bahagia,
hari ini terluka,
esok belum tentu bersedih,
semuanya ketentuan Ilahi..
tak semua yang kita rancang akan menjadi nyata.

pada ALLAH aku mengadu,
pada Ilahi aku merintih,
pada tuhan aku memohon pertolongan..
mengharapkan ada bahagia di hujung perjalanan,
semoga ada gembira di hari mendatang..

ya ALLAH,
hanya Kau yang memahami hati ini,
hanya Kau yang mengerti permintaan hati ini,
hanya Kau yang mengetahui hati ini,

andainya,
itu yang tersurat,
itu yang ditakdirkan untukku,
juga baik untuk ku dan orang sekelilingku,
berilah aku kekuatan ya ALLAH,

bimbinglah aku ya ALLAH,
pimpinlah aku ya ALLAH,
supaya aku tidak tersesat dan berada jauh dari jalanMu,
dan semoga hati ini terus tenang dengan bimbingan dan pimpinanMu...

terima kasih ya ALLAH,
kerana mendengar rintihan hati ini,
luahan hati ini,
dan tidak meniggalkan umatMu keseorangan..

Khamis, Ogos 05, 2010

25 ke???...uhuhu

Posted by ct hajar at 6:09 PTG 0 comments
assalamualaikum...
10 hb ni birthday aku  yg ke 25. huhu... dh tua dh aku. semoga ALLAH panjangkn usia aku, ditetapkan iman dan mendapat rahmat dariNya. 8hb ni gak bufday arwah bangah. tipu la kan aku xigt kt dia. aku doakn dia tenang di sana...

ape aktiviti aku sepanjang sebulan ni erk??... hurm... byk gak yg menyerabutkn kepala otak aku. pasal research master yg still xde progress, road tax kereta yg sudah mati & belum dpt sehingga ke hari ini, ditambah lagi dgn masalah kewangan. huhu....semoga aku tabah menghadapinya.. doa utk diri sendiri.. kira ok la kan?...

kla, nk blah dulu. saje nk coret2 kt blog yg dh lame xjengah nie. hehe...

Jumaat, Julai 02, 2010

CuP-CakeS!!...

Posted by ct hajar at 10:41 PG 0 comments
semalam aku tempah cupcake kt kwn aku. hehehehe... sbnrnye aku nk tempah utk b'day adik aku 10 julai ni. memandangkn 10 julai aku xdpt balik, so aku bg awal sketla. ahad ni pn parents aku nk g jmpe dia kt hostel tu.. kire ok sgtla tuh!.. tapi xkn nk temph 1 box je kn.. so aku tempahla 2 boxes utk famili aku skali. hari tu pn mse father's & mother's day xde bagi pape. so aku buatla 1 box khas utk family aku.. hehe.. cupcake design sendiri ni. thanx to rtoy & hubby... ;)

Selasa, Jun 22, 2010

Part II

Posted by ct hajar at 12:48 PTG 0 comments
ok, arini aku nk sambung cerita yg tersangkut aritu.. hehe.. pglmn ni agak ngeri kot & pglmn baru bg aku..
ni mase aku kt wedding cousin aku aritu la.. cm biase la, pgntin sanding dlm kul2 cmtu, then mkn bradab.. mase mkn tu memang dh mcm mendung sket & berangin2. time pengantin tgh mkn tu, xsangka plak ujan turun. mula2 renya2 je, lame2 bercampur dgn angin yg agak kuat. dh kira ribut la.. khemah pn hampit tumbang di tolak angin. memang menakutkan gakla.. mula2 semua cm steady je tggu ujan kot2 berhenti. last2 semua lari masuk dlm bangunan. mase dlm bangunan, aku rase cm nk kiamat pn ade. takut gakla... terasa la ape yg org2 tsunami dlu rase. dgn ujannye + angin kuat lagi...lbh kurg dlm kul 3++ hujan dh agak reda. so aku + mak pn amek kputusan nk balik... tp before balik tu, aku nk anta dia balik dlu.

aku pn pegila ambik kereta. pas2 kereta kena block plak.. dhla ujan2, so tpaksalah dia tolak kereta tu dlm keadaan ujan. risau gak aku dgn dia. tkut demam je.. dia tu antibodi lemah sket. then, ktorg pn balik la.. hantar dia balik ke skudai.. sepanjang jln ade jugak pokok yg tumbang di tiup angin & ade gak tiang lampu yg tumbang ditengah jalan. so jalan agak sesak la petang tu.

jalan punye jalan (jauh gakla rumah dia), sampailah rumah dia. ni kira 1st time la aku nk jumpe bakal mertua aku. kui3.... tp aku xrase pape sgt la.. sbb malas nk fikir. hehe... ditambah lg dgn baju aku yg basah dek kena hujan. so, nervous tu dh ilang la.. tiba kt umah dia, mak dia xde. g wedding kt gelang patah. dlm 5 minit kot baru mak dia sampai. lepas tu ktorg minum2 + mkn pe yg  dihidang, ktorg pn trus la undur diri. takutla terlewat ke ape ke... dlm kul5  ktorg gerak balik dr JB. sepanjang kt highway, adelah hujan sikit2. so drivela dgn penuh careful nye.. jalan licin kan.. adik aku dh tertido kt belakang. kesian plak tgk dia. hehe.... mlm tu, sampai rumah memang aku xlarat gile... rase nk tido je.. sepanjang pemanduan pn aku rase ngantuk gile..

so, tula pengalaman aku sehari pergi ke JB. dengan sesatnye, laparnye, ribut lagi..& pengalaman pertama kali jumpa keluarga dia...kira pengalaman yg aku xdpt lupa gakla... harap pertemuan pertama ni memberi 1000 makna buat kami. thanx everything.. =)

Khamis, Jun 17, 2010

mid year dah.... ho ho... (-_-)Y

Posted by ct hajar at 1:13 PTG 0 comments
salam....
sekejap je dh mid year dh.. begitu pantas mase berlalu. ape yg aku  dh wat thn ni?? rase cm nothing!.. empty.. aku rase 0, xde ape yg aku dpt. huhu.. hope msuk 'sparuh masa ke2' ni aku dpt ape yg aku nak...

oh ye, nk share sket ape aku wat dlm mse 2,3 mggu ni. dh lame aku xupdate blog ni. urm..... musim cuti skola ni, biase la kan.. musim org tamatkn zaman bujang. ramai gak kwn2 aku yg kawen. kwn2 skolah & jugak kwn2 kt Univ. 1st, 5/6 aritu, kak siti kawen. selamat dh kak siti. xsangka plak dia kawen gak.. kekekeh.. dh 29 dh dia tuh. alhamdulillah... kawan2 skolah plak, abby, fadhil, na aji& shided (tp aku xg la.. xrapat pon dgn dorg). aku g weddg fadhil je... jumpe la ckgu skola dlu.. ckgu Z. hehehe... maintain slim dia tuh..

lepas wedding fadhil (12/6), 13/6 aku drive ke JB dgn mak & adik aku. ade wedding cousin aku kt sana (Tmn Perling). byk gak la pglmn kt sane wpun sehari... huhu....nk tau ape? byk ooo...pahit manis, semua ckupla.. secukup rasa. kekekeh....

aku g JB dlm kul9 camtu la. sbb xnk awal sgt pon. sampai sedang2 elok waktu mkn, okla... aku pn xbreakfast time tu. so drive la dgn kelaparan.. sampai JB, keluar kt tol skudai. aku dh janji dh ngan dia nk jmpe kt mobil skudai parade. pas2, aku xtau plak kena amek simpg ke SKUDAI, UTM.. aku pn terus jela.. 1st time g JB. kire cm kambing masuk kg la.. tp ni kambing masuk bandar. haha... so, terus jela... pas2 call akak aku. dia kate memang kena amek exit SKUDAI, UTM tu.. pas2, aku pn keluarla kt tol next tu.. lps tu, igt leyla ke skudai ke.. aku pn ambik smpg ke senai. last2 benti tepi jln mntk guide pkck aku. dia pn xdpt tolong gak.. haru betulla...then, aku pusing balik & ambik tol ke KL. dptla keluar blk ke skudai. pas2 aku tggu la dia kt mobil. lame gak tggu mamat tuh..

lepas dia dh sampai, ktorg follow la akak dia guide ktorg ke Tmn Perling. sampai sane, cbrn nk carik umah pulak.. sesat la gak sikit. last2 jumpe gak umah dia... lepas tu, ape lagi.... melantakla... haha...tp aku mkn sket je.. dh msuk angin kot. lgpn kureng sket ns myk ni. ari sblum tu pn dh mkn nasik myk...nk tau ape lg pglmn aku?? tggu next la ea. xlarat plak nk taip. huhu... see u ols soon... =)

Rabu, Jun 02, 2010

aKu & baJu Man UtD..

Posted by ct hajar at 11:34 PG 0 comments
salam... arini aku nk cite pasal aku & baju man utd. hehe...baju ni byk sejarahnya. sedar xsedar la.. aku xsedar, bf aku yg gtau. hehe..

actually, baju ni gift dr bf aku (aku yg mintak sbnrnye). baju ni baju dia. aku saje mintak. mane tau kot2 dia dpt posting jauh. at least ade gak brg dia kt aku utk aku ilangkn rase rindu. hehe...
baju ni gak dia pakai mase ktorg blind date dulu. aku igt lg 1st meet ktorg. ktorg jumpe kt mid velly. aku remind la kat dia smlm. aku terigt yg dia pakai baju ni mase ktorg date dulu. skrg baju ni pd aku & aku plak yg pakai baju ni. hehe.. then dia kate, sbb tu dia bg aku baju ni coz ade sentimental value katanye. tersenyum sendiri aku bila dia ckp camtu. dia tu ok gak sbnrnye. loving la.. tu yg makin syg kt dia tu..


                                           ni gambar tgh mood wat lab. hehe...

kat bawah ni ade la sikit pic anak sedara aku yg latest. weekend aritu wat akikah utk dia. so dh botak la dia skrg. penat gak balik weekend aritu. tolong masak memasak. maklumlah, kenduri akikah. biasa la tu.. famili aku plak memang biasa masak sendiri. xguna catering pon..

Rabu, Mei 26, 2010

balik kampung!!!...

Posted by ct hajar at 7:32 PTG 0 comments
esok aku nak balik kampung.. xsabar rasanya. nk jumpa aqiel.. nk main2 dgn dia.. wah, bestnye.. dah lame xmain dgn baby..baby aqiel, tggu cik balik ye.. cik rindu kt aqiel.

jumaat mlm sabtu ni gak nk wat aqiqah utk si kecik tu. pas2 botakla dia. hehe..cmne gaknye rupe kecik tu botak. hehe...fikiran skrg dh kt kg. huhu...xsabar menanti hari esok.. =)

Rabu, Mei 19, 2010

WronG nUmBer??!!!....

Posted by ct hajar at 8:59 PG 0 comments


semalam apelah nasib aku gaknye.. 1st dpt kol org dr 014 yg mengatakan aku ade contact dia. aku rase aku xde contact sesape yg nombornye 014. juz sorg jela member aku pakai 014. pastu okla, finish kt situ je..
then, ade plak 1 no ni yg aku memg save nama member aku misscall. aku igt dia la kan.. then aku tnyela "nape?" then, dia tnye aku blk aku msg dia kenapa?.. aku tnyela either dia tu member aku @pn tidak. pastu msg pnye msg, dia tnye aku ktne.. aku ckpla UKM. dia kate aku keje petronas??..huhu.. ape pnye kawanla kan.. ley xigt kawan. pastu dia mintak pict aku. ade ke patut??...pas2 aku rase dia bukan kawan aku. kalau kawan aku, mestila dia xmintak pict kan?.. so aku abiskan kat situ jela... angin gakla dgn org2 yg mcm ni. kadang2 seolah2 nk ambik kesempatan atas org lain. nk mintak pict la, berkenalan la.. memang xsalah nk tambah kawan. tp kita cuak gak sbb kita xkenal dia siapa. entah baik entahkan tidak.. tetibe kite bg gambar, dia wat xelok pd kita. zaman skrg, macam2 boleh jadi.. so utk mereka2 yg ada di luar sana, berhati2lah ea... skrg zaman moden & teknologi canggih. penipuan, jenayah, boleh jadi mcm2 cara. yg suka ambik kesempatan tu, fikir2kanlah perasaan org lain. tapi ada perasaan ke diorg??.. hehe.. tepuk dada tanya diri sendiri.. chaw!!..=)

Selasa, Mei 18, 2010

aku jadi 'auntie' (",)

Posted by ct hajar at 12:04 PTG 0 comments
14 mei lepas, pagi2 kul6.20 mak aku dh kol dari kg. punyela excited dpt cucu.. hehe... aku dpt anak sedara lelaki, lahir kul 5.12 am. punyelah nk lahir, pagi2 subuh dia keluar. berat dia 2.95 kg, nama plak AQIEL RAYYAN B MOHD ALIZAR. sepanjang ari jumaat aku tersenyum lebar. hepi beb dpt anak sedara. dh lama plak tu x main dgn baby. xsabar rsenye nk g jumpe dia. ptg tu jugak aku pergi ke hospital putrajay pegi tgk anak buah aku tu. geram aku tgk dia. mate sepet, idung besar (idung org jawe la katakan) kekekekeh!...
aku sampai baby tgh tido. sedap je dia tido. sepjg aku kt sane dia xmenangis langsung. bagus anak sedara aku ni. hehe....dia ni pn kuat orgnye. kena inject kiri kanan senyap je.. hero la katakan..

hari ni dh masuk 2 hari xpergi tgk aqiel... apela khabarnya sekarang ni. hari sabtu hari tu bwk parents aku g melawat mereka ber2. nurse kate aqiel ade g6pd - dia xboleh mkn kacang parang, jamu, ubat2 sinseh & jugak xley terdedah dgn naftalena (ubat gegat). kalau dia mkn atau terdedah dgn naftalena ni, dia akan dpt sakit kuning. huhu.... xpela, benda tu semua pn xla penting sgt dlm idup ni.. sekarang ni gak baru aku tau penyakit ni lebih kpd kanak2 lelaki shj. tp penyakit ni effect utk seumur hidup dia. so sampai ari ni (18/5) diorang xdischarge lagi...semoga mereka berdua cepat sihat dan kembali pulang. hehe.. :)

Khamis, Mei 13, 2010

AyaM!!..

Posted by ct hajar at 11:21 PG 0 comments
cerita pasal ayam, semalam aku mkn KFC yg baru tu.. black pepper punya flavour. boleh thnla.. tp for me la, hot & spicy lg better la.. yg black pepper ni, xbape crunchy. biase je.. cume rase balck pepper lebey sket. mkn separuh aku dh kepedasan sedikit. tp xla pedas sgt. bg yg xsuke pedas, bg dia dh pedasla kot. tp aku ni memang suke pedas. so no hal la mkn black pepper ni.. nasib baikla jugak aku dpt yg xbape nk besar ayamnye. so dptla aku abiskan dua2 ketul ayam tu...hehe... sbnrnye dh lame aku xmkn kfc. sethn ade kot. kalau pegi kfc pn aku xmkn ayam. mkn yg kecik2 je mcm wedges ke, nugget ke. hurm.. kira lepas ngidam gakla kot. tp xla ngidam sgt nk mkn kfc black pepper tu. hehe.. entah ape aku ngarut.

ok, tu 1st cerita pasal ayam. ni 2nd lak.. kekekeh.... topik arini ayam jerk. pg td tgh2 iron baju, aku terigt raha pose & mcm nk msk. hehe... tetbe gak teringin nk mkn sup ayam. hehe.. then, rase mcm sedap gak dpt nasi ayam. pagi2 lagi aku dh terliur nasi ayam. huhu.... aku xla minat sgt @ suka sgt nasi ayam. tetibe je rase nk try msk nasik ayam. ley x? 1st time la ni nk try msk nasi ayam kononnye. tu yg 2nd. ada lagi yg 3rd pasal ayam ni. 

mcm biasa la,pagi2 pas masuk ofis pertama skali yg ktorg wat ialah makan!!... hehe... so lepas on komp, terusla pegi kafe. tgk punye tgk, pape pn mcm sedap. hehe.. rase cm nk mkn mee rebusla, tapi takut xsedap. coz kdg2 mee rebus kt fak ni xsedap. ikut luck gakla... pas2 partner aku nk mkn roti canai. aku tgk lauk2 pn mcm sedap gak. haha... then ikutla partner aku amek roti canai (2 keping lak tu) ditambah lagi dgn 1 lauk. nk tau ape? AYAM!!... haha.. ayam masak kari. fuh!!... kira cm melantak lak aku rasa. tu baru breakfast tu. lum lunch lagi. baru pg td jogging bertambahla lemak dlm bdn aku ni. huhu.. pasni kena catu mkn aku ni.. kena control. berat dh semakin bertambah.

itulah kisahnye pasal ayam...huhu....  xtaula masak ke x nasi ayam ptg ni. kekekeh.... dh puas mkn ayam walaupun aku ni bukan antu @ penggemar ayam.... =)

Selasa, Mei 11, 2010

it's ME!

Posted by ct hajar at 1:31 PTG 0 comments
gambar-gambar aku mase kini..;)

Aku Rindu.....

Posted by ct hajar at 1:08 PTG 0 comments
hari ni aku menjalani kehidupan seperti biasa. pergi ke fakulti, meneruskan kerja-kerja research aku yg masih belum ade progress. siap wat kerja-kerja makmal, aku terus mengadap komputer dan melayari internet. sebab tu jugak aku wat sikit coretan kat sini utk mengisi sedikit mase lapang.

sambil-sambil main internet, sambil tu mesej pakwe aku yg sekarang ni tgh final exam. entah kenapa tiba-tiba aku menjadi rindu pada dia. rindu semuanya tentang dia. rindukan kasih sayang dia, layanan dia, semuanya. hati ni terlalu rindu pada dia. huhu....ikutkan hati mahu je aku terus drive ke seremban. tapi bila difikirkan balik, dia tgh berhempas pulas dgn study dia, aku matikan niat aku tu. insyaALLAH, 1 hari nanti kita akan berjumpa jugak & akan disatukan. insyaALLAH...

Selasa, Mei 04, 2010

aku gayat??...

Posted by ct hajar at 1:32 PTG 0 comments


tag ktorg....


weekend aritu aku ngan bf aku g ke genting. sampai sane, punyela excited. rase cm nk naik semua bnda. and benda yg aku nk skali naik adalah spay shot... tgk2 mcm ramai je semua pemainan. then, bf aku ajak g naik cyclone. so, ktorg pn beratur la... beratur punye beratur, sampai lah turn ktorg. igtkan biase2 jerk... sekali naik, tiba lah kt tmpt yg menjunamkn ktorg ke bawah. masyaALLAH, nk gugur jantung aku. mata aku tiba2 rase berair... ckuplah sekali aku naik benda mcm ni. trus ktorg decide xnak naik permainan yg boleh mengancam nyawa ktorg. haha...

bila igt balik, terasa lucu plak. hahaha... kenangan yg xdpt aku lupakan. & pengalaman yg aku rasa susah nk lupa. sebabnye, aku ni gayat. haha.. sbb tu lah kot aku rase takut nk mampos. huhu....satu hari nnt aku akan cuba mengatasi rasa gayat aku nie.. i'allah....

Khamis, April 15, 2010

ragam manusia...

Posted by ct hajar at 5:39 PTG 0 comments
betullah org kate manusia macam2 ragam. ade yg ok, ade yg xok... baru td aku terbaca blog seorg sahabat aku yg mengatakan manusia ni ade banyak ragam + kerenah. mungkin ayat tu ditujukan kepada aku. tapi semuanya aku rase berpunca dari dia..

dia pn ade macam2 ragam & kerenah. suka buat muka bila xsuka. senang2 nk wat andaian kt sesapa tanpa usul periksa..pendek kata dia ni judge org berdasarkn ape yg dia lihat. 1st impression la senang ckp. so salah ke kalau ktorg wat hal bdasarkn ape yg ktorg xpuas hati?..memang bukan senang nk puaskn semua pihak. dia pn mcm tu jugak,kalau xpuas hati ke xsuka ke, trus wat muka..so, tepuk dada tanya selera. jgnla nk salahkn org lain..& jgn gak pk pasal dr sendr je..kadang2 kita kena gak pk perasaan org lain sblum kt wat pape kt org tu..kalau nk org lain jg hati kita gak.. betullah, manusia: rambut sama hitam, hati lain2.. fikirkanlah...=)

Isnin, April 12, 2010

10.04.10

Posted by ct hajar at 1:58 PTG 0 comments









assalamualaikum...
hari tu, 10 apr 2010 aku pergi ke sengkang, bkt gambir, muar. ada majlis petunangn & perkahwinan kawan aku. kebetulan tmpt same & pd hari yg sama. dua2nya start lps zohor. so aku & kawan aku decide pergi ke majlis tunang dulu sbb tunang xla lame sgt. kalau kahwin, 4.30 pon masih jln. so, kami pergila ke rumah kwn aku tu. lbh kurang 4.30 gakla abes majlis dia. siap mkn semua, kami pn gerak ke majlis kahwin plak. sampai sana lbh kurg kul5 ptg. tmpt dh dikemas2 dh. tp xpela, ktorg pn dtg bkn nk mkn semata. dpt jumpe pengantin pn jd la.. so, jmpe pgntn bg adiah & amek gmbr lbh kurang, kami pn pulang ke rumah masing2. so, ni antara gambar yang aku ambik.

Khamis, April 08, 2010

aku masih di sini

Posted by ct hajar at 2:02 PTG 0 comments

salam... huhuhuhu.. lamenye aku xedit blog ni. kadang2 rase rindu gak nk tulis something kt blog ni. tp xtau nk tulis ape. hehe..

sekarang ni, alhamdulillah... kehidupan aku makin baik. skrg semakin busy dgn lab work sebab nk kejar EPC (engineering postgrad conference) hujung sept ni. so byk benda aku kena buat utk conference tu. conference tu merupakan salah satu syarat utk aku grad master. huhu.. good luck for me.. ;) doakn aku berjaya k!..

ni nk cerita pasal last week (3 apr 10) aku drive dr bangi ke batu pahat. pergi majlis tunang salah sorg kwn aku. kira kwn baik gakla.. pergi balik hari. bertolak lebih kurang jam 9 pg dan tiba di bangi dlm 9.30 mlm. penat bukan kepalang. lagi pulak aku yg drive pergi & balik sbb naik kereta aku. xsemua boley bawak kereta aku sbb manual. so, xkesahla.. walaupn penat, puas hati tgk member hepi dgn life dia.. terasa jugak nk rasa ape yg dia lalui. menjadi tunangan org. hehe...

sepanjang perjalanan jugak, alhamdulillah xde ape yg menghalang. semuanya berjalan lancar baik majlis mahupun perjalanan kami. cuma rombongan agak lewat tiba. sebelum majlis berjalan jugak, hujan turun agak lebat jugak..tp semuanya alhamdulillah, selamat semuanya... =)

gambar2 tunang, nnt sy upload. xdapat lg soft copy. hehe...letak pic lain la ye..=)

Selasa, Januari 26, 2010

L!fE MusT g0 On...

Posted by ct hajar at 10:24 PG 0 comments
bismillah....

hari ni 26 januari 2010. diam xdiam dh hmpr sbulan kita masuk thn baru. dlm bulan ni aku sibuk dgn kerja2 penyelidikan aku yg belum ade progress. hurmm... aku tengah berusaha dan terus berusaha menyiapkan kajian aku mengikut jadual yg dirancang. hope semuanya berjalan lancar.

sebenarnya aku hampir berputus asa dan lelah dgn semua kerja yg aku buat tidak mendatangkan hasil. semoga ALLAH memberi aku kekuatan utk meneruskan semua ini dan semuanya berakhir dengan baik. bermacam-macam tekanan yg aku hadapi. tekanan dr mslh peribadi, kawan2 dan juga org sekeliling yg membuatkan aku rasa tertekan. alhamdulillah aku dpt mengawal semuanya. syukur kepada ALLAH...

cukuplah aku rasa..setakat di sini sahaja coretan aku utk kali ni. sambung lain kali.. k, daa.. ASSALAMUALAIKUM....;)

Selasa, Januari 12, 2010

MeNtaRi H!dUp...

Posted by ct hajar at 1:06 PTG 0 comments


MENTARI HIDUP :: HAIKAL

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Suatu hari, ketika senja aku terdengarkan lagu ni di kaca televisyen. secara tidak sengaja, air mata ku mengalir mengenangkan dosa-dosa yang telah aku lakukan. terselit keinsafan di dada ini. lagu ini seperti kena dengan kehidupan yang aku lalui sekarang ni. aku bersyukur kepada ALLAH. Dia masih sayangkan hambaNya ini yang begitu kerdil. membawa aku kembali ke jalanNya ketika aku telah terleka dengan keasyikan duniawi dan terpujuk hasutan syaitan..

Jumaat, Januari 08, 2010

mengisi kekosongan..

Posted by ct hajar at 2:09 PTG 0 comments

assalamualaikum..
hari ini aku saja mencoret beberapa kata dan luahan kata bagi mengisi kekosongan bai mengurangkan segala ketegangan yang melanda beberapa hari ini. beberapa hari kebelakangan ni, aku rase begitu asing di bumi sendiri. ku tidak tahu mengapa. orang sekelilingku sudah tidak mengendahkan kehadiranku di muka bumi ini. dulunya, aku selalu dekat dengan dia. berkongsi segala cerita, segala suka dan duka kini semuanya hilang sedikit demi sedikit. semakin hari ku rasa semakin asing dgn hubungan ini. apakah erti kawan, apakah erti lawan? aku pn tidak tahu apa punca semua ini terjadi. hanya berserah pada yang maha esa, yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

seperti pemandangan di waktu senja, begitulah ku rasakan hidupku kebelakangan ni. suram... juga sunyi tanpa kehadiran insan yang disayangi. yang pergi buat seketika bagi memantapkan ilmu di dada. aku doakan semoga dia beroleh kejayaan yang diinginkan. aku akan setia menunggunya.

kadangkala hidup yang dirasakan kosong dan sunyi tidak sekosong dan sesunyi yang dirasakan. ALLAH sentiasa berada disamping kita. astaghfirullah... apakah yang aku rasakan hanyalah ilusi diri sendiri. semoga ALLAH sentiasa disampingku walau apa yang terjadi. ya ALLAH bantulah hambaMu ini yang terlalai dengan kemewahan duniawi sehingga terlupa kepada penciptanya.
 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates