Rabu, September 16, 2009

Hanya Tinggal Kenangan....

Posted by ct hajar at 11:46 PG 0 comments
bismillah....

hari ini, aku dgr 1 lagu raya yang dinyanyikan oleh nurul (rindu syahdu di hari raya). entah kenapa hati aku terusik bile dgr lagu tu. aku terbayangkan suasana raya suatu masa dulu. aku teringatkan arwah abangku. tahun ni tahun ke4 dia xde. xde lagi gurau senda dia. aku teringat hari raya sewaktu dia ada. aku & akakku akan dikerah utk menggosokkan baju raya dia. balik dr solat raya, dia akan terus ke dapur menjamah makanan. selepas itu kami akan ke rumah nenek menziarah mereka. rindunya aku pada dia. semua tu tinggal kenangan yang akan aku igt sampai bila2. aku rindu utk menatap muka dia.

hari ini, 26 ramadhan.. 3,4 hari lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. alhamdulillah.. ramadhan bakal berlalu dan akan menjelma kembali tahun hadapan. aku harap aku diberi kesempatan lagi utk menjalani ibadah puasa. semoga ALLAH memanjangkan usiaku dan usia org2 yang aku sayang. insyaALLAH...

esok, aku akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran yang bakal tiba bersama keluarga tercinta. semoga semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. kepada yang kusayang dan cintai, semoga lebaran ini membawa 1000 rahmat buat kita dan semoga jodoh kita dipanjangkan ALLAH. maaf segala salah silap dan terkasar bahasa. halalkan segalanya... juga utk semua kenalanku.

Assalamualaikum...

Khamis, September 10, 2009

coretan buat hari ini...

Posted by ct hajar at 11:02 PG 0 comments
10 september 2009,
minggu ni aku rase happy sikit and rasa bersemangat sekali. hehehehe... salah satu sebabnya, org yang aku syg akan turun and spend time dgn aku. hehehehe.. xsabar rasanya nk jumpa dgn si dia..

Khamis, September 03, 2009

alhamdulillah...

Posted by ct hajar at 10:16 PG 0 comments

syukur alhamdulillah, hari ini masuk hari ke13 umat islam di seluruh dunia berpuasa. aku pn tidak ketinggalan menyempurnakan rukun islam ke3 tu. alhamdulillah... aku masih diberi kesempatan utk menikmati bulan ramadhan tahun ini. aku teringat lirik lagu ramadhan (brothers) "andainya ini ramadhan terakhir bagiku, kuharap ianya akan membelaku di akhirat nanti.."
itulah yang aku harapkan utk ramadhan kali ini.

selain berpuasa, kita juga digalakkan melakukan ibadah2 sunat seperti mengaji, solat sunat tarawikh... aku juga tidak lupa melaksanakannya. moga2 ibadah aku diterima yang maha esa...

sempat snap waktu nk solat. tp ni pic dh lame. bukan dlm bulan ramadhan ni. hehehe.... sekadar utk hiasan.


ni ayahku yang telah siap sedia utk pergi ke jamuan buka puasa dan tahlil sempena sambutan kemerdekaan tempoh hari peringkat daerah ledang.

kali ni xbyk yg aku nk share dgn korg semua. cuma di bulan ramadhan ni la masanya utk kita tingkatkan amalan kita. insyaALLAH...

hujung minggu lalu aku pulang ke kampung. seronok rasanya dapat sama-sama berbuka puasa bersama keluarga. meriah sekali....semua adik beradikku pulang ke kampung. itulah pertama kali aku jumpa kakakku selepas 3 bulan dia mendirikan rumah tangga. sungguh...selepas dia mendirikan rumah tangga, aku rasa sunyi sekali. dulu, semuanya aku share dgn dia. tp sekrg, husband dia mnjadi keutamaan. aku xboleh lagi bercerita macam dulu di bilik. semuanya berubah.. aku terpaksa tidur di luar bilik. membuatkan aku susah utk tidur lena.. hanya ALLAh saja yang tahu perasaan aku yang kehilangan seorang kawan berbicara. semoga satu hari nanti perasaan itu semakin berkurangan. insyaALLAH...
 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates