Jumaat, Jun 26, 2009

episod ke2...kehidupanku.

Posted by ct hajar at 1:29 PTG
assalamualaikum...
nk sambung balik kisah hidup aku mase kecik dulu-dulu. catatan sebelum ni mengenai serba sedikit kisah aku mase kecik. kt mana aku dibesarkan, hidup berpindah kesana sini. so kali ni aku nk cerita mase sekolah rendah aku.

selepas aku berpindah balik dari segamat ke muar, aku teruskan hidup aku mcm kanak2 lain. bersekolah di SK Sawah Ring. Sekolah lama kakak & abangku belajar. aku start masuk sekolah tu pertengahan darjah 1. so, aku dikira budak baru la kat kelas tu. sekolah aku semua 1 kelas. budak sikit. xramai sgt...

masa darjah 1, guru kelas aku Cikgu Mahsom B Basar (xsalah aku la..). kalau diingat balik, sepanjang sekolah rendah dr darjah 1-6, guru kelas aku 3 orang je... dari darjah 1-3 cikgu Mahsom guru kelas ktorg. naik darjah 4, cikgu kelas ktorg cikgu Maslan Sakirman. kitorg rasa sedih jugak coz cikgu Mahsom xmengajar kelas kami lg. tapi dia mengajar BM kat kelas ktorg. so ktorg xla sedih sgt. hehe...cikgu Mahsom tu jugak kira rapat dgn family aku. dia ada bau2 bacang ngan family aku. akak aku jugak anak murid kesayangan cikgu tu. aku masih igt mase ktorg nk berpindah ke Segamat, cikgu Mahsom dtg rumah. kira nk ucap selamat la kat akak aku & bagi hadiah la...so, dia baikla dgn family aku. naik darjah 5, cikgu Rashid Abd Wahab jadi guru kelas kitorg. dia garang gakla... aku suke coz nanti budak2 xla nakal. hehe...darjah 5 gak aku dilantik jadi pengawas sekolah. so pagi kena jaga pintu pagar, jaga parking basikal, bila perhimpunan jaga barisan & kadang2 naikkan bendera masa perhimpunan. cikgu Maslan still lagi mengajar kitorg. dia ajar subjek sains. waktu tu sains masih baru diperkenalkn di sekolah rendah. batch aku 1st batch belajar subjek sains. so darjah 4 & 5 cikgu Maslan ajar kelas ktorg sains. waktu tu xsemua cikgu boley ajar sains. then, naik darjah 6. waktu ni senior sekolah rendah.. darjah 6 cikgu Maslan guru kelas ktorg lagi. so kalau dikira 3 org jela guru kelas aku mase sekolah rendah (cikgu Mahsom, cikgu Maslan & cikgu Rashid). masa darjah 6 seronok la jugak. cikgu Maslan ajar kitorg BM waktu tu. so sains cikgu lain yg ajar kitorg. cikgu perempuan. aku xigt namanya. rasa sekarang dia pn dh pindah ke sekolah lain. waktu tu cikgu maslan xley ajar kitorg sains coz dia dh ajar BM. sorg cikgu xley pegang 2 subjek. tambah lagi ktorg nk amek UPSR.

cikgu Maslan cikgu yang baik...sporting, rapat dgn student. tapi dia agak gatal sikit. gatal yg dibuat2 mungkin.. aku igt lg waktu tu ktorg dpt guru besar perempuan. Fadhilah Mohd Yassin (adik kpd Tan Sri Muhyiddin). cikgu Maslan ade gak niat dia nk ngurat Guru Besar ktorg. tp ktorg tau dia x take serius pon...cikgu Maslan suka menyakat kawan aku (Nor Ain). dia suka panggil kwn aku dgn gelaran 'anje' (mcm pak uda dgn mak ngah). pas2 buat2 muka gatal.. kitorg pernah gak bergurau dgn cikgu Maslan. sorokkan beg dia coz dia xnak bukak pintu bilik dia. kelakar jugakla bile diingat. zaman sekolah rendah...

waktu sekolah rendah, aku bukan setakat sekolah belah pagi. ktorg (budak2 johor) kena sekolah agama belah ptg. dulu, darjah 1-2 sekolah kebangsaan, fardhu ain sekolah agama. tapi aku xsekolah fardhu ain. abah pernah tanya s/a aku mahu sekolah @ tidak. sekali lagi aku jwb tidak. tetapi masuk darjah 3, aku sekolah darjah 1 sekolah agama. waktu aku jugak silibus sekolah agama ditukar. semua pelajar belajar menggunakan kitab baru yg diterbitkn oleh jabatan pelajaran agama johor. so, aku xley guna kitab yg digunakan oleh akak & abangku. so, setiap tahun ktorg akan order kitab dr guru kelas ktorg. sekolah agama masa tu dibuat dlm 2 sesi (1.30-3.30 & 3.30-6.30). darjah 1-3 sesi 1.30-3.30, manakala darjah 4-6 3.30-6.30. cikgu sekolah agama waktu tu xramai. 3 org yg mengajar darjah 1-6, 2 org yg mengajar fardhu ain. so, sorg cikgu mengajar 2 kelas. cikgu yg sama yg mengajar semua subjek juga jadi guru kelas. darjah 1 cikgu Fatonah yang mengajar aku. dia merupakan kawan kpd emak. darjah 2, cikgu Rohana yang mengajar aku. dia dh meninggal sekarang nie...may Allah bless her. arwah juga ada bau2 bacang dgn family aku. so boleh dikatakan semua cikgu sekolah agama family aku kenal...

time sekolah rendah dulu memang penat. tp xterase. mungkin mase tue budak2 lagi. xrase penatnya.. sekolah kebangsaan 7.30-12.20 (darjah1-3), ptg sambung lagi sekolah agama. masuk 1.30-3.30. masuk tahap 2, balik sekolah rendah 12.50. 1.30 dh pergi sekolah agama pulak...3.30 balik baru rest. mase darjah 3 aku dpt sorg lg adik. adik aku yg bongsu. so, blk sekolah agama aku akan tolong mak jaga adik. aku igt lagi, balik sekolah 3.30, aku rehat jap. pas2 aku settlekan kerja sekolah. lepas asar dlm kul5 aku akan bwk adik jln2 sebelah rumah. time kecik2 dulu rumah aku xde tv. so, aku pagi ke rumah sebelah (rumah mak sedara aku) utk tgk tv. mase tu tgk tv itam putih. tu pn dh cukup bg aku. mase tu susah sgt nk beli tv. aku darjah 4 kot baru mak abah belik tv utk ktorg. tu pn tv 2nd hand. cukupla janji boleh ditengok. darjah 6 relax sikit. coz masuk kelas sekolah agama pukul 3.30 ptg. so ade masa utk relaks.. masuk darjah 4 sekolah agama guru kelas aku cikgu Musa. cikgu Musa merupakan jiran nenek aku. rumah dia belakang je rumah nenek aku... dia dgn budak junior garang. dgn ktorg dia baik je..hehehe...

waktu sekolah rendah, aku agak aktif gak. masuk kuiz sana, masuk kuiz sini. aku pernah gak masuk tilawah al-quran. masa tu arwah cikgu Rohana yg didik aku. dia beria-ia suruh aku masuk pertandingan tilawah peringkat daerah yg diadakan di salah sebuah sekolah agama di Muar. aku xla sehebat qariah. xdela dgn taranum sekali. mengaji biasa2 je..masuk juz utk penyertaan je.. sekolah kebangsaan aku jadi wakil sekolah jugak. sebab mase tu xde org yg boleh masuk. kawan-kawan aku tau yg aku masuk tilawah di sekolah agama. so, ustazah serapkan aku masuk pertandingan. xpela, aku jadi wakil sekolah jela drp xde wakil. hehehe....

tulah rumusan cerita serba sedikit masa aku sekolah rendah di Sawah Ring. mase aku UPSR, tu 1st time diperkenalkan subjek sains. mase tu jugak peperiksaan UPSR dibuat hujung tahun. bulan 10 xsilap aku. so, result keluar waktu cuti sekolah.. mase cuti sekolah, ktorg dtg sekolah utk amek result upsr. UPSR aku 3A2B. alhamdulillah...okeyla...lulus semua. abes sekolah rendah, aku teruskan pendidikan di peringkat menengah di SMK BUkit Gambir. next time kita cerita plak suka duka aku mase sekolah menengah. byk gak kisah sedih aku masa sekolah. nk tau cmne aku masa tu, kita continue nanti. hehehe...



2 comments:

Unknown on Jumaat, Jun 26, 2009 6:05:00 PTG berkata...

salam ziarah.erm cam kenal ye..he..he

ct hajar on Khamis, Julai 02, 2009 3:53:00 PTG berkata...

salam...
kenal ke? ermm..ke buat2 xkenal. selamat membaca & selamat mengenali diri ini dekat lebih dekat. nice meeting u...=)

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates