Isnin, Jun 29, 2009

zaman remaja..

Posted by ct hajar at 9:38 PG
assalamualaikum...
hari ni aku nk sambung kisah hidup aku selepas sekolah rendah. time sekolah menengah ni bykla suka duka aku sebagai remaja. time nie baru nak naik remaja. jiwa selalu memberontak..

tula yang aku rasakan mase sekolah menengah...aku selalu memberontak, merajuk, mengamuk bile xdpt ape yg aku nak..tambahan pulak aku anak ke3 dr 5 beradik. org kata anak tgh suke memberontak. betullah tu.. aku rase tersepit ditengah2 antara abg, akak & adik2 aku. aku selalu merajuk bile di marah mak. org kate, mak marah kerana sayang. tp masa aku kena marah aku xrasa sbb mak sayang aku. bile di marah mak, aku akan menyorok sambil menangis. aku dapat rase aku ni mcm bukan anak emak. rase mcm anak angkat pn ade. tp tu mungkin perasaan aku je time tue...

naik tingktn 1, along tingkatan 4. baru lepas PMR. dia ditawarkan ke MRSM. so, tinggal lah aku kat rumah yg menguruskn rumah. mak menoreh dari aku kecil lagi. so urusan rumah byk diserahkan pada kami adik beradik. kalau sebelum ni aku dgn along yg buat semua keje, skrg aku buat semuanya sorg. adik-adik masih kecik time tu. so semuanya aku settlekn sorg. mula2 memg kelam kabut. kalau dulu tugas aku cuma masak nasi je. sekarang dari membasuh pinggan hingga memasak aku yg buat seorang. masa tu aku cuma kanak-kanak berusia 13 tahun. tp alhamdulillah aku dpt buat semua tu.

dulu, aku paling xsuka membasuh pinggan. xtau kenapa. kalau buat kerja rumah tula yg last sekali akan aku buat. bangun pagi aku akan buat sarapan, basuh kain, baru aku akan membasuh pinggan & masak nasi. tula jadual aku bila weekend. bila weekdays plak, aku ke sekolah. macam bdk2 biasa. aku sekolah agama belah pagi. masuk kelas 8.30 balik 11.30. so dlm kul8 aku dh bertolak ke sekolah agama. sekolah aku agak jauh gakla..aku pegi ke sekolah dgn menaiki basikal. so pukul8 pagi aku akan mengayuh basikal ke sekolah. basikal aku adalah basikal yg paling tua di antara kawan2 aku. time tu aku naik basikal raily yg org2 tua selalu guna tu.. tp basikal aku basikal 2nd je. abah ambik dr org kg. basikal tu aku guna dr darjah 6. memangla basikal tu buruk. tapi byk jasa dia pada aku. kalau balik sekolah agama, akula org paling depan. so, kawan2 aku xpuas hati aku tinggalkn dorg. dorg kata: 'mentang2lah basikal besar'.. haha...kelakar bile diingat. balik sekolah agama 11.30, dalam pukul12 aku sampai rumah. sekolah menengah masuk 1.05. so aku ade lebih kurang sejam utk mkn, mandi & siap2 ke sekolah... rehat dlm 15 min je.. tu pn kalau sempat. dlm 12.35 aku akan mengayuh semula basikal ke sekolah menengah.

sekolah menengah aku time tu 2 sesi. ting. 1& 2 sebelah ptg, yg lain sebelah pagi. sesi petang tamat pada jam 6.40 ptg. dlm kul7 baru aku tiba rumah. tulah rutin aku selama 2 tahun. masa sekolah menengah gak aku banyak belajar berdikari. aku masih igt mase aku di tingkatan 2. masa tu aku masuk PBSM & ade 1 perkhemahan diadakan. perkhemahan tahunan. aku memang berminat nk join camping tu. tp mak ngan abah mcm xbenarkan aku pergi. aku pn xtau kenapa. member aku pon sungguh2 ajak aku pergi camping tue. so berbekalkan semangat aku pergi gak camping tue. tp aku xde duit. so kawan aku tawarkan duit dia utk aku pnjam. yuran dia dlm rm5-7 je. so aku pnjm gak duit dia. time sekolah memang aku xde duit. duit poket bukan hari2 aku dpt. dpt pon paling byk 50 sen. so aku memang xde duit tabung. ade gak satu hari aku agak terasa dgn kata2 mak. sepupu aku ade duit tabung, tp aku xde. so mak mcm bandingkan aku dgn dia. duit poket aku memang xcukup utk aku menabung tambahan bukan selalu aku dpt duit poket. kla, sambung balik kisah td. dgn pinjam duit kawan aku, aku pergi ke camping tue..

masa nk pergi ke camping, mak bapak aku menoreh waktu tue. so, xde sape yg akan hantar aku ke sekolah utk pergi ke camping tue.. aku pn xberharap sgt abah dpt hantar time tue. aku pon pergi ke sekolah dgn menunggang basikal tua yg aku ada seawal jam 7 pg. beg yg besar tu aku letak di tempat duduk penumpang belakang. waktu tu jugak basikal aku pancit sedikit. tp alhamdulillah aku selamat sampai ke sekolah dgn menaiki basikal tersebut. cuma waktu balik dr camping aku terpaksa mengayuh basikal yang tidak berangin tu ke rumah. bayangkanlah dengan penat lelah baru habis camping terpaksa pulak mengayuh basikal yg pancit utk tiba di rumah berehat. penat bukan kepalang.. tulah yg aku tempuhi masa di tingkatan 2. bila igt balik, memang sedih. tp tula yg mengajar aku berdikari. kanak-kanak belasan tahun belajar erti kehidupan..

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates