Rabu, Ogos 19, 2009

hidup mesti terus...

Posted by ct hajar at 2:16 PTG
10 ogos 2009..genap usiaku 24 tahun. alhamdulillah, allah masih panjangkan usiaku. aku masih lagi diberi peluang utk terus bernafas di muka bumi ini. tetapi disebalik kegembiraan terselit sedikit kedukaan di hati ini.

8 ogos 2009, genap usia arwah abangku yang ke25 tahun. aku merasa sedih kerana dia tiada di sisi utk sama2 menyambut ulangtahun kelahiran kami. tahun ini genap usia pemergiannya yang ke4. aku masih ingat bagaimana peristiwa sedih itu datang bagai badai menghempas kami sekeluarga.

sekitar 9 pm, 2 mei 2005: aku mendapat panggilan dari kampung. adik memberitahuku abangku kemalangan. dia menangis ketika memberitahu berita sedih itu. aku harap dia tidak mengalami kecederaan serius. tetapi adikku memberitahu bahawa abangku keadaannya agak serius ketika itu. abah cuba menenangkan kami semua dan berkata kami semua tidak tahu lagi bagaimana keadaan sebenarnya.

tanpa berlengah, aku menelefon akakku yang berada di KL. akakku menganggap ianya kemalangan biasa dan bila aku mengatakan bhw dia mungkin meninggal dunia, dia terkejut. kami pn berbincang utk pulang ke kampung pada keesokkan harinya.

selepas mendapat panggilan tersebut, aku pulang ke bilik dgn sayu di hati. tiada perkataan yg mampu keluar dari mulut ini. aku menangis sepuas2nya.. aku cuba mententeramkan diri sendiri. aku melangkah ke bilik air mengambil wuduk dan membaca yassin utk arwah. semoga dia ditempatkan bersama2 orang yang soleh.. malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. dalam fikiranku terkenang mak dan abah di kampung. aku dpt rasakan kesedihan seorang ibu yang kehilangan satau2nya anak lelaki yang diharapkan dapat mengiringi dia ke pusara suatu hari nanti. tetapi harapannya tinggal harapan.

keesokkan harinya, aku diambil oleh pakcikku yang tinggal berdekatan membawa aku dan kakakku pulang ke kampung. dalam perjalanan, makcikku menelefon bertanyakan kami berada di mana. kakakku merayu agar menunggu kami sebelum jenazah di bawa ke perkuburan utk disemadikan. aku dan kakakku mengumpul kesemua kekuatan utk menghadapi semua itu. aku menggenggam erat tangannya. tiada apa yg terkeluar dari mulut kami. cuma kadang2 terdengar esakkan kami berdua. setiba dirumah, orang ramai memenuhi halaman rumah. tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, aku terus melangkah masuk kerumah dan menerpa ibuku. hanya tangisan yang di dengar. sedih bila diingat kembali.. tubuh kaku abangku terbaring di lantai. dengan lemah, aku melangkah ke arahnya dan mengucup dahinya buat kali terakhir. dia seakan2 tersenyum. aku merasa agak ralat kerana tidak dapat berjumpa dengannay sebelum dia pergi. aku masih ingat dia sms aku bertanyakan sama ada aku pulang ke kampung pada cuti buruh tersebut. aku dgn selamba menjawab jika dia mahu aku pulang, aku akan pulang dgn nada bergurau. tidakku sangka itulah sms terakhir yang aku terima.

arwah abangku disahkan meninggal dunia disebabkan keretakan di bahagian leher dan mengalami pendarahan dalaman. petang selepas dia dikebumikan, motor yang dinaiki di bawa pulang ke rumah. adik bongsuku menangis sewaktu motor tersebut di bawa turun dari lori. kami adik beradik tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata. sekarang dia tinggal kenangan. tiada lagi gurau senda dan gelak ketawa yang didengari. dulu, kami lima beradik, kini kami tinggal berempat. aku terasa sedih bila diingat kembali detik kehilangannya.

pada awal kematiannya, hidup kami sekeluarga agak murung. setiap kali aku pulang ke kampung, melihatkan kasutnya yang berada di depan pintu aku rasakan dia ada di rumah. kadang2 aku terasa ingin berkongsi cerita dengan dia. suatu malam, aku bermimpi dia dtg kepadaku. dia berkata bhw dia syg kami semua. kali ke2, aku bermimpi aku memeluk dia dan seakan terasa kehadiran dia dlm pelukan. dia tidak berkata apa dlm mimpi tersebut. bila aku tersedar, itu semua cumalah mimpi, aku menangis. aku sedar, yang pergi takkan kembali. terkadang, aku merindui kehadirannya disisi..

kisah sedih ini masih terpahat diingatanku. aku tidak mungkin melupakan kehadiran dia yang singgah seketika cuma dalam hidup ini. utk arwah bangah, aku doakan dia bersemadi dengan tenang dan ditempatkan bersama golongan yang soleh. ameenn....

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates