Rabu, Ogos 26, 2009

~Untuk Si Dia~

Posted by ct hajar at 10:01 PG
assalamualaikum... hari ni aku nk kongsi ape yg aku rase. aku tak taula mungkin ini takdir yg tersurat buat aku atau aku yang terlalu sensitif dgn keadaan.

semalam, satu badan aku rasa tak selesa. mungkin sebab angin. sekarangkan bulan puasa. aku memang xboleh mkn lewat sikit. malam tu aku akan rase sakit dada, kadang sampai xboleh tidur. bagi aku masa sakitla masanya utk bermanja dgn si dia. tapi dia mcm xfaham apa yg aku rasa. dia xde pon nk tanya khabar aku. dari malam semalam hingga ke pagi ni. aku menunggu sms dari dia. cukupla sekadar sms cuma. apa yg aku perlukan cuma perhatian dan kasih sayang dari dia.

waktu dia sakit, aku ada disisinya. aku berikan sepenuh perhatian aku pd dia. xcukup dgn sms, aku telefon bertanya khabar. kenapa dia xboleh buat seperti ape yg aku lakukan. susah sgt ke??... kebisuannya membuatkan aku rasa sedih, kecewa sehingga mengalirkan air mata. aku tak tahu kedudukan sebenar dari pihak dia. mungkin aku tersalah sangka dgn dia. tapi dia tidak pernah memberitahu keadaannya yg sebenar. entahla, kadang-kadang manusia sukar difahami. mungkin aku yg terlalu manja. tp dia juga yg suka memanjakan aku. entahla... aku buntu. aku harap kalau dia membaca luahan aku ni, dia tahu ape yg aku nk. aku menyayangi dia sepenuh hati aku. aku harap dia dapat berikan sedikit perhatian dia pada aku disaat aku memerlukannya.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates