Selasa, Ogos 18, 2009

kehidupan seorang mahasiswa..

Posted by ct hajar at 2:37 PTG
assalamualaikum...
hampir sebulan aku tidak menjenguk page nie. sedikit sibuk dgn tugasan yang dipertanggungjawabkan. hari ini aku meluangkan masa utk berkongsi dgn org diluar sana kisah aku semasa begelar mahasiswa.

tamat pengajian di matrikulasi, aku meneruskan perjalanan hidup aku sebagai seorg mahasiswa di salah sebuah IPTA di ibu negara Malaysia. syukur alhamdulillah..segala usaha dan penat lelah membuahkan hasil dan berjaya membuat ibubapaku tersenyum melihat anak ketiganya mendaftarkan diri di IPTA. aku masih igt lg bagaimana mak dan abah bersusah payah menghantar aku sewaktu pendaftaran. waktu itu, keluargaku tidak mempunyai motokar. yang ada hanyalah motosikal. utk membawaku mendaftar di Bangi, abah meminta bantuan orang kampung yang mempunyai motokar. dgn bantuan org kampungku, aku berjaya dihantar. memang susah waktu tu. setelah mendaftar, bermulalah episod baru dlm kehidupanku. memulakan dunia baru ditempat baru dan belajar menyesuaikan diri. belajar lebih berdikari dan menguruskan diri dlm membahagikan masa antara belajar dan perkara lain.

seperti biasa, pelajar baru akan memulakan sesinya dgn orientasi. aku tidak mengalami banyak kesulitan. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. sewaktu di tahun 1, aku ditempatkan sebilik dgn salah seorang pelajar yang sama matrikulasi dgnku. aku pn mengenali dia. so, tidak ada masalah dlm komunikasi kami. banyak jugak perkara kelakar di sepanjang program orientasi. kolej penginapanku terletak agak jauh dgn dewan utama (DECTAR). oleh itu, kami disarankan agar bergerak awal supaya tidak ada masalah utk mendapatkan tempat duduk. selepas magrib, sebelum jam 8, kami akan bergerak berjalan kaki ke DECTAR. sehari, dua hari...kami berjalan agak lambat sehingga dimarahi oleh abang2 dan kakak2 fasilitator. hingga pada suatu hari, kami berlari menuju ke DECTAR kerana mahu mendapat tempat duduk. bayangkanlah dgn suasana magrib yg gelap, kami berlari dgn memaki baju kurung. tiba di DECTAR, kami tercungap2 dan berpeluh. kami ditegur oleh salah seorg abang fasi: " seronok marathon pakai baju kurung?.." katanya. bengang jugak waktu tu. tuhan je yg tahu. sewaktu perjalanan jugak, roomateku terpijak ular ditepi jalan. dia menjerit: ular!!.. bertempiaran semua berlari. aku pn dgn kalutnya, berlari tanpa menoleh ke belakang. kelakar bile diingat kembali..

selesai program orientasi, kuliah bermula.. minggu pertama pada hari jumaat, sesuatu yg x disangka terjadi. aku mengalami kemalangan sewaktu pulang dari kuliah. waktu tu, rakanku menumpangkan aku menunggang motosikal. oleh kerana aku berdua dgn rakanku yg lain, dia berulang alik mengambil kami. aku org terakhir yang diambil. tiba di satu selekoh turun bukit, entah mcmana, motosikalnya terlanggar divider. kami jatuh ditepi jalan. alhamdulillah, aku tidak mengalami kecederaan serius. tetapi rakanku, luka di kaki dan dikejarkan ke pusat kesihatan dan terus dikejarkan ke hospital kajang kerana mengalami pendarahan yang agak serius. dia dimasukkan ke wad kerana lukanya agak dalam dan memerlukan pembedahan kecil. disebabkan kemalangan tersebut, dia diberi cuti hampir 1 sem. lebih kurang 2-3 bulan.
itulah pengalaman aku di tahun 1.

di semester ke-2 di tahun 1, aku melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yg dianjurkan oleh pihak universiti. salah satunya sekretariat pesta konvokesyen. kami diajar bagaimana melakukan kerja-kerja pengurusan dan menjalankan sesuatu program. kami diajar utk merancang, merangka dan melaksanakn program yang diisi sewaktu konvokesyen dijalankan di tapak pesta konvokesyen. tamat semester 2, kami diwajibkan utk tinggal di kampus kerana mengambil subjek yg ditawarkan disemester 3. oleh itu, kami mengambil kesempatan tersebut utk tinggal di kolej dan melakukan urusan yang bersangkutan dgn pesta konvokesyen.

banyak jugak yang aku pelajari. bagaimana berinteraksi dgn pihak luar UKM, menguruskan sesuatu acara, belajar bekerja berkumpulan, belajar utk menjadi ketua dan macam2 lagi. seronok jugak waktu mengikuti program tersebut. kami semua bagaikan satu keluarga. seperti adik beradik. makan bersama, tidur bersama, berkongsi pengalaman. bila diingat kembali rasa macam mimpi.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates