Rabu, September 16, 2009

Hanya Tinggal Kenangan....

Posted by ct hajar at 11:46 PG
bismillah....

hari ini, aku dgr 1 lagu raya yang dinyanyikan oleh nurul (rindu syahdu di hari raya). entah kenapa hati aku terusik bile dgr lagu tu. aku terbayangkan suasana raya suatu masa dulu. aku teringatkan arwah abangku. tahun ni tahun ke4 dia xde. xde lagi gurau senda dia. aku teringat hari raya sewaktu dia ada. aku & akakku akan dikerah utk menggosokkan baju raya dia. balik dr solat raya, dia akan terus ke dapur menjamah makanan. selepas itu kami akan ke rumah nenek menziarah mereka. rindunya aku pada dia. semua tu tinggal kenangan yang akan aku igt sampai bila2. aku rindu utk menatap muka dia.

hari ini, 26 ramadhan.. 3,4 hari lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. alhamdulillah.. ramadhan bakal berlalu dan akan menjelma kembali tahun hadapan. aku harap aku diberi kesempatan lagi utk menjalani ibadah puasa. semoga ALLAH memanjangkan usiaku dan usia org2 yang aku sayang. insyaALLAH...

esok, aku akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran yang bakal tiba bersama keluarga tercinta. semoga semuanya berjalan lancar dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. kepada yang kusayang dan cintai, semoga lebaran ini membawa 1000 rahmat buat kita dan semoga jodoh kita dipanjangkan ALLAH. maaf segala salah silap dan terkasar bahasa. halalkan segalanya... juga utk semua kenalanku.

Assalamualaikum...

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates