Jumaat, Ogos 23, 2013

I'm not to be.....

Posted by ct hajar at 8:55 PTG
setahun lepas.. 7 mei 2012..
aku masih ingat tarikh tu. tarikh di mana aku memulakan alam pekerjaan.
di sebuah kilang yg tidak begitu besar..
tp alhamdulillah, punca rezekiku bermula di sini..
kini, semuanya bakal berakhir...
segala pahit maung, masam manis ditelan, dimamah utk mencari sedikit pengalaman..
walaupun singkat, setahun cuma, cukup utk aku merasa segalanya..
permulaan begitu indah, semuanya boleh di telan..
segala caci maki, herdik hamun, amarah, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
pujian??.. boleh dibilang dgn jari dan boleh disimpulkan tiada..
apakah ini alam pekerjaan???..
kerja semakin menimbun, walau sampai mati xkan pernah habis..
masalah semakin banyak, masalah yg tiada punca..
semakin lama, semakin aku sedar aku bukanlah seorang yg dilahirkan utk menjadi seorg engineer,
bukanlah seorang problem solver...
enam bulan pertama aku ditolak bagaikan bola..
kejap kesana kejap kesini...
ya, sampai sekarang itu berlaku...
aku diambil utk jawatan chemical engineer.
dlm masa setahun semua aku dpt.. 
chemical engineer, engineer dan berakhir dgn production engineer..
dan kini boleh dikatakan segala tugas di atas bahuku...
aku sudah tidak boleh menampungnya lagi..
dari segala masalah berkaitan dengan pelanggan hinggalah masalah dalaman segalanya aku kena jawab...
sehingga satu tahap, aku tidak boleh menampungnya lagi..
in sha allah 1 oktober 2013 aku bakal menamatkan perkhidmatanku pada kilang pertama aku mencurahkan bakti yg tidak seberapa.
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... aku bakal memulakan kerjaya baru yg pastinya bukanlah seorang JURUTERA!!

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates