Jumaat, Oktober 09, 2009

Catatan di bulan Syawal...

Posted by ct hajar at 11:53 PG
alhamdulillah..raya kali ini tiada apa yang berlaku. aku telah selamat pulang ke kampung dan kembali ke sini dgn selamatnya...kenangan raya kali ini menjadi sejarah dan kenangan baru di dalam lipatan hidupku. kenangan bertemu sanak saudara dan rakan-rakan sungguh indah untuk dikenang. terima kasih semua...

raya kali ini aku beraya di kampung halamanku di Muar, johor seperti tahun-tahun sudah. tetapi kali ini ada kelainan dalam keluargaku. buat pertama kalinya kami beraya bersama orang baru dalam keluarga kami iaitu abang iparku.

raya tahun ini agak meriah dgn kehadiran orang baru. Malam raya, kami adik beradik bermain mercun dan bunga api. sudah lama rasanya kami tidak bermain mercun. bermacam ragam juga aku lihat telatah abang iparku. batang paip yang berada dihadapan rumah boleh dipecahkan dek kerana mercun yang dibalingnya. tidak cukup dengan itu, pokok pisang ayahku juga menjadi mangsa balingan mercunnya. kelakar dan seronok sekali bile diingat.

tapi, tak semuanya gembira. dalam kegembiraan kami menyambut syawal, ada juga kisah duka yang terselit disebalik kegembiraan yang kami lalui. tidak lain tidak bukan bila terkenang mereka yang telah pergi. sehari sebelum syawal tiba, seperti biasa aku mengemas rumah. ketika mengemas, aku terjumpa gambar-gambar lama. gambar adikku sewaktu kecil dan juga gambar arwah abangku. tiba-tiba emak merasa sayu bila mengenangkan arwah yang telah tiada. aku tidak tahu bagaimana mahu memujuk emakku. aku berharap emak sentiasa tabah.

1 syawal, selepas sembahyang raya aku mengikut abah melawat pusara arwah abangku. melihat keadaan sekeliling kawasan perkuburan aku diselubungi kesedihan. terdengar esakan yang menangisi orang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah. aku cuba mengawal perasaan. alhamdulillah, aku dapat mengawalnya. tidak lama kemudian, kakakku pula tersedu menahan tangis. sekali lagi aku merasa sedih dan menitiskan air mata. kali ini aku gagal mengawal perasaanku. 'bangah..kami rindukan kau'. itulah bicara yang terbit dari hati ini. luahan yang tidak dapat disampaikan kepadanya. aku berdoa agar rohnya dicucuri rahmatNYA. Ameennn.....

aku berharap agar sesiapa yang masih mempunyai ahli keluarga, sayangilah mereka. Pada yang telah pergi, doakanlah kesejahteraannya di sana dan jangan melupakannya.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates