Jumaat, Oktober 23, 2009

23 oktober 2009

Posted by ct hajar at 10:49 PG
hari ini hari jumaat, 23 oktober 2009. diam xdiam, pejam celik, kita dh berada di hujung tahun 2009. umur semakin meningkat. dlm diam juga sudah hampir setahun aku menjadi pembantu penyelidik. apa yang aku buat? ape input yang aku dapat? aku rasa kosong..xde apa yang telah aku buat dlm masa setahun ni. astaghfirullah....

kadang-kadang aku berfikir..apakah kesudahan kehidupan aku? masa depan aku? apa aku akan jadi? apa target aku?? aku bertanya pada diri sendiri.

semalam, aku bentangkan proposal master ku. banyak yang perlu aku ketahui.. masih banyak yang perlu aku pelajari. aku rasa, aku perlu berubah. menjadi lebih serius dgn ape yang aku buat. mungkin sebelum ini aku buat sambil lewa sahaja. mungkin inilah titik permulaannya. aku harus teruskan hidupku sekarang ini. inilah kehidupanku.

isnin lepas, aku temuduga guru tuisyen. alhamdulillah, aku diterima dipusat tuisyen tersebut. selepas ini banyak kerja yang menanti. walaupun aku tidak mempunyai latar belakang sbg pendidik, aku akan cuba sedaya upaya aku utk mendidik anak bangsa. selain itu, ada juga pendapatan sampingan utk menampung hidup aku yang aku rasakan perbelanjaan hidup semakin meningkat. aku harap apa yang aku akan buat ini mendapat keredhaan dan sokongan dari org yang tersayang disekeliling aku. insyaALLAH....semoga ALLAH permudahkan semuanya.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates