Jumaat, Januari 08, 2010

mengisi kekosongan..

Posted by ct hajar at 2:09 PTG

assalamualaikum..
hari ini aku saja mencoret beberapa kata dan luahan kata bagi mengisi kekosongan bai mengurangkan segala ketegangan yang melanda beberapa hari ini. beberapa hari kebelakangan ni, aku rase begitu asing di bumi sendiri. ku tidak tahu mengapa. orang sekelilingku sudah tidak mengendahkan kehadiranku di muka bumi ini. dulunya, aku selalu dekat dengan dia. berkongsi segala cerita, segala suka dan duka kini semuanya hilang sedikit demi sedikit. semakin hari ku rasa semakin asing dgn hubungan ini. apakah erti kawan, apakah erti lawan? aku pn tidak tahu apa punca semua ini terjadi. hanya berserah pada yang maha esa, yang maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

seperti pemandangan di waktu senja, begitulah ku rasakan hidupku kebelakangan ni. suram... juga sunyi tanpa kehadiran insan yang disayangi. yang pergi buat seketika bagi memantapkan ilmu di dada. aku doakan semoga dia beroleh kejayaan yang diinginkan. aku akan setia menunggunya.

kadangkala hidup yang dirasakan kosong dan sunyi tidak sekosong dan sesunyi yang dirasakan. ALLAH sentiasa berada disamping kita. astaghfirullah... apakah yang aku rasakan hanyalah ilusi diri sendiri. semoga ALLAH sentiasa disampingku walau apa yang terjadi. ya ALLAH bantulah hambaMu ini yang terlalai dengan kemewahan duniawi sehingga terlupa kepada penciptanya.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates