Khamis, Julai 02, 2009

kisahku ditingkatan 3

Posted by ct hajar at 3:07 PTG
assalamualaikum..
hari ni aku nk share kisah aku masa di tingkatan 3. masa ni la menguji aku sbg anak remaja. masa ni la menguji kesabaran aku sebagai anak.

Habis tingkatan 2, masuk ke tingkatan 3. tingkatan 3 aku sekolah sebelah pagi. so jadual persekolahan aku bertukar sikit. kalau sebelum ni aku sekolah sesi pagi (sekolah agama) & sesi petang (sekolah menengah). so skrg ni sesi persekolahan aku bermula jam 7.30 pg hingga 1.01 ptg dan kadang2 sehingga jam 2.30 -3 ptg. sebelah petang pula kelas tambahan diadakan. maklumlah thn ni thn menghadapi PMR. kelas tambahan (projek hikmah) bermula jam 3-5 ptg. xsemua subjek ada kelas tambahan. subjek2 tertentu je.

Pada suatu hari, sekolah mengadakan rombongan ke KL. so aku decide utk mengikuti rombongan tersebut. sepanjang aku sekolah, aku xpernah mengikuti mana2 rombongan. aku pernah minta permission dr mak & abah. tp mak & abah xbg aku pergi. so aku harap mak ngan abah bagila aku pergi rombongan ke KL tu. lagi 1 sebab aku rase aku dh besar. dh boleh jaga diri. tapi malangnya apa yg aku harap xdpt. mcm biasa mak ngan abah xbg permission utk aku pergi ke KL. so, mlm last utk aku byr duit rombongan tu aku mntak duit kat mak & abah. mak ngan abah xnk bg aku duit. so, aku pn memberontak. time ni lah aku rase aku di anak tirikan..

ni 1st time aku nk pergi rombongan. so tu jela jalan utk aku dptkn permission. aku mula mengungkit. ape tidaknya, abangku pernah pergi rombongan sewaktu darjah 6. tetapi aku tingkatan 3 x boleh.. aku rase sedih sgt. ape yg aku nk buat semua xboleh. padahal aku ke KL tu tambangnya sama dgn tambang abgku ke Melaka. aku mula merajuk dan meninggikan suara. masa tu aku menjadi anak derhaka. aku pn xtau kenapa... keesokannya emak & abah bagi aku duit tambang utk ke KL. aku rase happy sangat. tp mlm tu aku bertekad walaupn mak & abah bg duit, aku xkn ambik duit tu. tu la yg mak & abah nak.. xnak aku pergi mana2. tp niat aku berubah keesokannya. mungkin sebab terlalu excited. tula kali pertama & terakhir aku mengikuti rombongan sekolah dari sekolah rendah hingga menengah. sekolah byk jugak menganjurkn rombongan. ade ke Penang, Terengganu. salah seorang kawan aku selalu jugak mengikuti rombongan. pernah mak bertanya pada aku. kenapa xpergi rombongan. dalam hati aku, kalau aku nak pergi pun bukan mak aku bg. so, baikla aku xpayah sibuk2 nk ikut rombongan. sakit hati jugak aku dgn sikap mak. sejak peristiwa tu memang aku xpernah berniat nak mengikuti mana2 rombongan sekolah. sudah serik barangkali...

mungkin betullah..ini suratan buatku. sekarang aku sedar, pahit manis tulah yang menjadikan kita manusia. moga kita sentiasa dilindungi ALLAH...

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates