Jumaat, Julai 03, 2009

menengah atas..

Posted by ct hajar at 9:38 PG
assalamualaikum. hari ni aku nk sambung semula kisah hidup aku. kisah yang sudah berada dilipatan sejarah.

selepas tamat tingkatan 3, aku meneruskan pengajian di tingkatan 4. di waktu ini juga aku diuji dgn ujian yang telah ditentukan olah ALLAH ta'ala.

aku mendapat 5A3B semasa PMR. syukur alhamdulillah. walaupun tidak begitu cemerlang, bagi aku itu sudah memadai. target aku utk mendapat 6A ke atas tidak tercapai. aku ingin menjadi seperti akak ku yang mendapat 7A PMR. aku sudah berusaha, tapi itu yang aku dapat. so, aku reda dgn semuanya. secara jujurnya aku tidak pernah menangis kerana keputusan ujian aku teruk atau tidak. aku xtau kenapa. tapi itulah aku..

tamat tingkatan 3, aku menyatakan hasrat utk belajar di sekolah berasrama kepada mak dan abah. so dgn keputusan yg aku ada, tiada pilihan lain selain memohon ke sekolah teknik. itu saja salah satu cara untuk aku ke sekolah berasrama. mulanya, aku tidak bercadang utk pindah sekolah. tetapi melihat rakan-rakanku yang lain, memohon ke sekolah teknik, aku pun mengikut jejak langkah mereka.

sebenarnya, ada alasan lain kenapa aku memilih untuk belajar di sekolah berasrama. selain daripada jauh dari keluarga yang kadang-kadang membuat aku tertekan dan terasing, aku mahu melarikan diri dari jiranku iaitu sepupuku. dia selalu membuat gangguan-gangguan yang tidak disenangi. semasa aku menginjak remaja, dia pernah mengintip aku dan akakku ketika kami mandi. kadang-kadang dia mencari aku. tulah yang membuatkan aku rasa ingin lari dari semua tu. aku pernah berniat utk lari dr rumah dek kerana berkecil hati dgn mak. tapi bila difikirkan balik, aku batalkn niat aku tu. so, biarlah aku keluar dgn cara baik, iaitu berpindah ke sekolah berasrama.

akhirnya, aku dpt surat tawaran ke sekolah teknik. sekolah teknik jasin, jurusan kejuruteraan awam. abah memujuk aku supaya tidak berpindah sekolah. abah menaburkan janji. kalau aku stay kat rumah, abah akan belikan aku basikal baru. tapi aku xhiraukan semua tu. aku pergi jugak ke sekolah teknik. sampai disana, aku excited jugakla. sebab dpt kawan baru, belajar ditempat baru. tetapi aku kena menyesuaikan diri dgn kehidupan baru aku ni. aku disana tidak keseorangan. rakan sekelasku dapat ditempat yang sama tambahan pula orang kampungku ada di situ. dia senior setahun dr aku.

So, bermulalah hidup aku yang baru. minggu pertama, minggu orientasi. minggu tu memang minggu yang menyeksakan. sampaikan nk mandi pun xsempat. jadual yang diaturkan utk kami memang pack. kami mandi sekali dua kali je sehari. sekali pagi dan sekali maghrib @ mlm. sekolah tersebut merupakan sekolah baru. tidak byk pokok besar disitu. cuaca sangat panas sekali. tamat orientasi, bermulalah kehidupan kami sebagai pelajar. semasa minggu orientasi, byk peristiwa yang terjadi. ada pelajar yang diganggu oleh makhluk halus. habis orientasi, kawanku menyatakan hasrat utk pulang. aku berasa sedih sebab aku akan kehilangan kawan. akhirnya aku pun membuat keputusan utk pulang ke rumah jugak. aku menelefon abah dan menyatakan utk pulang. pada hari jumaat minggu ke2 abah dtg mengambilku. nampak abah dtg aku terus menangis sambil memeluk abah. akhirnya aku mengemas semua barang dah pulang ke rumah. tiba dirumah, mak memarahi aku kerana pulang ke rumah. abah tidak byk ckp. abah tidak kisah dgn keputusan yang aku buat.

minggu depannya bermulalah kembali hidup aku yang lama. aku pergi ke sekolah utk mendaftar semula. aku dinasihatkan cikgu utk mengambil surat berhenti aku di sekolah lama. so, esoknya aku pun menyelesaikan segala urusan aku. selepas urusan pendaftaran aku selesai, aku dipanggil kaunselor utk sesi kaunseling. aku pun tidak igt ape yg ktorg bicarakan. bosan jugak aku mendengar leteran dia. aku rasa dia berusaha utk menyingkap apa yang terpendam. tetapi gagal. segala masalah aku, apa yang aku rasa & alami tak ada siapa tahu. hanya tuhan yang tahu segalanya. sehingga hari ini tidak siapa yang tahu apa yang aku alami. hanya seorang yang begitu istimewa dalam hidup aku yang tahu semuanya. dia boleh terima aku seadanya. aku bersyukur dgn kehadiran dia. semasa sesi kaunseling, aku lebih byk mendiamkan diri dan menjawab mana yang perlu. diakhir sesi kaunseling aku berjanji dgn kaunselor yang aku akan belajar bersungguh-sungguh dan catch up balik apa yang tertinggal.

selepas peristiwa tu, aku meneruskan hidup seperti sedia kala. aku menuntut janji abah utk membelikan aku basikal. dan janjinya ditunaikan. seperti dijanjikan, abah membelikan aku basikal lee run. aku sgt syg dgn basikal tu. tulah basikal baru aku yang pertama. sebelum ni aku memakai basikal 2nd hand dan tidaklah baru berkilat. aku meneruskan pembelajaran aku di tingkatan 4 jurusan sains tulen. sepanjang setahun aku belajar tanpa buku teks kerana aku telah memulangkan buku teks aku semasa mahu berpindah sekolah. aku duduk dgn kawanku. Aliza namanya. tapi kami memanggil Ali. kami duduk di bahagian depan sekali sebelah kanan kelas. belakang aku suzlin (ein) & ct khadijah (didi). so kami berempat bagaikn 1 geng. selalu borak bersama. di sekolah memang kami habiskan masa bersama. bukanlah kami xrapat dgn yang lain.

kami berempat selalu bergurau & bergelak ketawa bersama. sehinggakan 1 hari cikgu matematik (cikgu rusli) perasan dgn tindak tanduk kami. dia menegur kami, asyik ketawa dari dia masuk hinggalah dia keluar kelas. padahal kami bukanlah mentertawakan dia. ada sesuatu yang membuat kami tergelak tapi tidak ingat apa. cikgu rusli bagaikan musuh aku. tapi xlah bermusuh sgt. aku dpt rasa dia suka mencari salah kitorg. ada satu hari dia memerli aku kerana aku menguap di dlm kelas. pernah jugak ktorg dengar dia tersalah sebut. dia menyebut perkataan kabur tetapi yang kami dengar kapur. yang menjadi persoalan hanya kami berempat yang mendengar dia menyebut kapur tidak pelajar lain.

itulah kisah aku sepanjang berada di tingkatan 4. jatuh bangun aku sbg pelajar. hehe.... betullah, apa yang terjadi ada hikmahnya. kadang aku bersyukur aku tidak sekolah di sekolah yang jauh. abah pernah sakit, najis berdarah. pada satu mlm aku terpaksa temankan abah ke klinik utk buat pemeriksaan. doktor mengesahkan abah mengidap buasir. syukur masa kejadian aku ada di rumah. abah jugak pernah pengsan akibat di timpa buah kelapa. masa tu memang sedih. aku kuatkan semangat semasa mak dan adik menangis. aku xnak aku menambah lagi kesedihan yang sedia ada. waktu tu abah dah mengucap. aku terasa akan kehilangan abah waktu tu. abah lah tempat ktorg bergantung. aku tidak tahu kalau abah tiada kehidupan kami macamana. syukur alhamdulillah abah masih dipanjangkan umur dan masih dikuatkan kudratnya. alhamdulillah...inilah hikmahnya aku tidak berpindah. sekurang-kurangnya aku ada disaat diperlukan. sejak aku ditingkatan 1 jugak aku yang mengambil alih semua kerja2 rumah kalau mak tidak ada. akulah yang memasak utk keluarga aku, mengemas rumah. waktu abangku pergi ke kerja akulah yang menyediakan makanan utk dia, membasuhkan baju dia. semuanya aku...

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates