Khamis, Julai 09, 2009

zaman akhir persekolahan & matrikulasi..

Posted by ct hajar at 4:13 PTG
assalamualaikum...
hari ini aku mahu bercerita kembali mengenai kisah silamku. biarlah yg terjadi kepada diriku beberapa hari lepas menjadi iktibar buat si dia dan aku. dan semoga hubungan kami semakin utuh selepas tragedi tersebut.

2002, tahun terakhir aku berada di alam persekolahan. tahun ini juga, aku bakal mengambil peperiksaan terbesar yang bakal menentukan hala tuju hidupku. tahun 2002 ni aku tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. setiap petang menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. aku mengambil 10 matapelajaran semasa SPM. semasa ditingkatan 5, tidak banyak yang dapat aku share dgn kalian semua. semuanya biasa saja. seperti pelajar-pelajar lain. aku pun semakin lembut. tidak banyak memberontak seperti dulu. mungkin kerana aku sudah penat utk meminta yg bukan-bukan. aku tahu kalau aku minta pun mungkin aku tidak akan dapat apa yg aku nak. tapi yg pasti aku nampak perubahan abah. kalau aku minta duit dia pasti beri tanpa byk bicara. tapi aku tidak gunakannya ke jalan yg salah. aku minta pun sekadar utk membeli buku latihan sekolah. itulah kelebihan aku. kebiasaannya anak-anak akan meminta wang dr ibu dan ibu meminta kpd si ayah. tetapi aku tidak. aku lebih senang meminta terus dari abah. aku pun agak takut dgn emakku. aku tidak pernah meminta wang daripadanya semasa di alam persekolahan. jika aku minta pasti dia menyuruh aku meminta wang dari ayahku. yang ternyata emak seperti melebihkan abangku. kalau abangku meminta wang, dia akan beri.

tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi negeri 9. keputusan SPM aku tidak cemerlang sangat. cukupla menjadi tiket utk aku ke matrikulasi dan seterusnya ke IPTA. selepas tamat SPM aku menghabiskan masa aku dirumah. mengemas rumah, menjaga makan minum keluargaku. sewaktu itu abangku bekerja di pekan. akulah yang akan menyediakan sarapan buat dia. sesekali menggosokkan bajunya. aku tidaklah begitu rapat dgn dia. aku tidak tahu mengapa.. selepas beberapa minggu keputusan SPM dikeluarkan, aku menunggu panggilan dr mana-mana institusi pengajian. rakan-rakanku yg lain dapat tawarn ke tingkatan 6. tetapi aku tidak. aku agak sedih waktu itu. mereka kata mungkin aku mendapat matrikulasi. tinggallah aku seorang dirumah manakala rakanku yang lain menyambung persekolahan di tingkatan 6. selepas beberapa hari, aku mendapat tawaran ke matrikulasi. alangkah gembiranya aku waktu itu. perut yang lapar terus terasa kenyang waktu tu.

selepas membuat persediaan aku pergi mendaftar ke matrikulasi negeri 9. dalam perjalanan aku teringat abangku yang berada dirumah. aku terasa sebak. aku tidak tahu mengapa..terasa berat utk meninggalkannya. walaupun kami tidaklah serapat mana tp aku rasa sedih meninggalkannya. dialah satu2nya abang yang aku ada di dunia ini.

MATRIKULASI...inilah pertama kali aku meninggalkan keluarga, belajar hidup berdikari. aku tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu program orientasi. aku masih teringat ada seorang rakanku yang bertanya adakah aku tahan dgn program yang diatur sewaktu orientasi. memang aku tidak terasa begitu terbeban. mungkin kerana pengalamanku orientasi semasa di sekolah teknik lebih teruk dr apa yg sedang aku alami membuatkan aku tidak terasa terbeban. padahal aku adalah satu-satunya pelajar dr SMK Bukit Gambir. pelajar di matrikulasi tersebut kebanyakannya dari timur (kelantan & terengganu). waktu tu aku terasa seperti berada di timur, bukan negeri 9. alhamdulillah, aku dpt menyesuaikan diri di sana.

aku ditempatkan di blok A (A1) dan di praktikum 1F1. teman sebilikku dari negeri lain. memang pihak pengurusan menetapkan begitu kerana tidak mahukan perkauman. kami 4 org sebilik. seorang dari KL, seorang dr terengganu dan seorang dari Kedah. manakala aku dari Johor. alhamdulillah jugak kami tiada sebarang masalah selama menjadi rakan sebilik. cuma seorang dari rakan sebilikku gemar pergi ke bilik rakannya. dia jarang ada di bilik. cuma di akhir pengajian di sana baru dia merapatkan hubungan dgn kami.

sepanjang belajar disana, byk yang aku pelajari. belajar utk berdikari, belajar utk menjadi lebih matang selain belajar utk masa depan.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates