Selasa, Julai 07, 2009

SaaT InI..

Posted by ct hajar at 1:48 PTG
saat ini, aku sedang merindukan seseorang. blog kali ini aku xnk becerita tentang kisah lama aku. hari ni aku nk bercerita mengenai apa yang aku rasa dan alami sekarang.

saat ni aku merindukan teman lelakiku yang berada jauh. dia pergi ke sana atas urusan pembelajaran dia. aku merelakan pemergiannya walaupun terpaksa. aku tau dia pergi xlama. habis urusan pembelajarannya iaitu lebih kurang setahun. aku berdoa agar satu hari nanti kami akan sentiasa bersama.

sebelum dia berangkat ke sana, dia berjanji dgnku utk selalu menghubungiku. dia juga berjanji xkan melupakan aku. setibanya dia di sana, aku tidak mendengar berita drp dia. sihatkah dia, makan atau tidak dia. aku tidak tahu jadualnya di sana. aku tekadkan diri utk menghubunginya. alhamdulillah pertanyaan aku mendapat balasan. sehari, dua hari dia begitu. aku xtau kenapa.. aku xmahu terlalu kerap menghubunginya. takut2 mengganggu tugasan dia. aku tahu dia busy. tp kadang-kadang bila teringat akan dia, perasaan rindu tetiba dtg menjengah.

hari ini, aku dpt tahu ada seorang perempuan yang sama tarikh lahir denganku rapat dgn dia. aku fikirkan hanya sekadar rakan atau kebetulan. pada mulanya aku sangkakan perempuan tersebut tidak mengenali si dia. sangkaanku meleset. perempuan tersebut mengaku yang kami mengenali org yg sama. dia ada menyebut nama yang sama yang juga berada jauh. aku berharap hanyalah nama yang sama. tetapi ternyata tidak. dia adalah org dan nama yang sama. apakah aku harus berkongsi org yang sama dgn org yang sama tarikh lahir dgnku?.. mungkin tidak. seandainya melepaskan dia pergi adalah yang terbaik, aku akan lakukan. mungkin sudah tersurat kami tidak ditakdirkan bersama.

aku telah bertanyakan kepada dia adakah dia mengenali gadis itu. ternyata dia kenal dan akan bercerita mengenainya kepadaku. semoga nasib yang baik menyebelahiku. aku tidak pernah bersangka buruk pada dia. aku berharap agar dia jujur dan ikhlas terhadap aku. sepertimana aku jujur dan ikhlas terhadap dia. semoga ada sinar utk kami di hadapan sana. aku hanya mampu berdoa...

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates