Isnin, Julai 20, 2009

Kisah di Matrikulasi..

Posted by ct hajar at 5:19 PTG
assalamualaikum...
dah lame aku tak membuat catatan di sini. agak sibuk kebelakangan ni dgn kelas pengajian yg telah bermula ditambah dgn tugas-tugas yg harus dilaksanakan.

hari ini, aku mahu bercerita serba sedikit kisahku di matrikulasi. masa di matrikulasi aku berkawan dgn seorang bdk terengganu. aku agak rapat dgn dia. buat semua perkara bersama. belajar bersama, makan bersama, ke kuliah bersama. entah kenapa dek satu perkara hubungan kami terputus. sewaktu study week semester pertama, dia pura-pura tidak mahu menegur aku dan aku mengambil serius perkara tersebut. sejak itulah hubungan kami terputus. aku tidak lg bersama dia.

sewaktu di matrikulasi jugak aku agak terasa dgn org tuaku. waktu tu akakku yg berada di KL kehilangan dompet. ibu bapaku terpaksa pergi melawat dia bg memberi sedikit wang saku. aku menelefon ke rumah waktu tu dan abangku menyatakan bhw ibubapaku ke KL menjenguk kakakku. alangkah sedih aku waktu tu. ditambah lagi dgn pertanyaan abangku adakah ibubapaku tidak singgah ke tempat aku. aku rasa sedih waktu tu. tempatku lg dekat berbanding akakku. tapi mengapa ibubapaku tidak menjenguk aku... itulah yg bermain di fikiran aku waktu tu. lama kelamaan rasa marah aku hilang begitu saja. begitulah aku, mudah marah dan mudah hilang rasa marah begitu saja.

zaman di matrikulasi jugak, aku meminati salah seorg pensyarah aku yg mengajar subjek fizik. aku tidak tahu kenapa aku minat dgn dia. dia xla handsome sgt. seorg yg agak lembut fizikalnya. kebanyakan rakan-rakanku tahu akan perkara tersebut. dia menjadi perangsang utk aku pergi ke kuliah. bila diingat kembali, kelakar pula rasanya.

0 comments:

Catat Ulasan

 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates