Memaparkan catatan dengan label lampau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lampau. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 15, 2011

Kenangan Lalu....

Posted by ct hajar at 1:15 PTG 4 comments
assalamualaikum....
hari ni 15 ramadhan 1432H, bersamaan 15 Ogos 2011.
sekejap dh stgh bulan berpuasa. 
alhamdulillah....
5 hari yg lepas, semua tahu..
my birthday.
hehe..alhamdulillah, masih diberikan nafas utk terus hidup di bumi allah..
semoga segala oksigen yg diberikan dapat digunakan utk berbakti kepada Allah & terus diberikan kesihatan yg berterusan serta keimanan yg berkekalan kpd ALLAH swt. 
amin....

sebenarnya, bukan ni yg aku nk cerita.
ni pasal kenangan lalu...hehe...
hari tu balik ke kampung, drive sorg2..
tetiba fikiran ni melayang,
terkenangkan kisah lalu...
kisah yg berlaku pada bulan ramadhan pada tahun 2008..
bermakna, sudah 3 tahun berlaku..
masa tu, aku final year dlm pengajian ijazah sarjana muda...
pada masa tu, aku nk pulang ke kampung berpuasa & berbuka bersama keluarga..
dtg seorg sahabat, yg kebetulan ingin pulang ke Batu Pahat atas urusannya,
mempelawa aku utk pulang bersamanya..
pada mulanya, aku menolak ajakan dia kerana aku rasa tidak begitu manis memandangkan dia pon seorg lelaki..
pada mulanya, aku anggap semua tu x serius.
tapi, ianya serius bagi dia.
atas pujukan & desakan dari kawan2, aku pun terima ajakan dia.
habis kelas pada hari jumaat tersebut, dia sms aku mengatakan dia akan gerak selepas solat jumaat.
habis solat jumaat, dia ambil aku di kolej..
so, ktorg pun gerak menuju ke selatan tanah air...
itulah kali pertama aku duduk sekereta bersama lelaki yang aku admire selama hampir 2 jam.
xbanyak yg dibualkan.. lbh byk melayan perasaan masing2...
sekarang ni, setelah hampir 3 tahun berlalu..
semua tu cuma tinggal kenangan..
sekarang masing-masing ada kehidupan masing-masing...
semoga dia bahagia dgn kehidupan yg dia bina...
& aku pun bahagia dgn kehidupan aku jugak...
alhamdulillah....

Sabtu, April 30, 2011

hanya mimpi???...

Posted by ct hajar at 10:26 PTG 0 comments
assalamualaikum...hari ni aku nk cerita pasal apa yg aku mimpi. dh lame dh sbnrnye aku mimpi benda ni. adalah dekat 2 minggu dh kot. baru skrg aku rasa nk share. aku xberani nk cerita kat org yg paling rapat & aku sayang. takut dia fikir lain plak. pernah hari tu aku cerita pasal apa yg aku mimpi, dia kata aku terlalu fikirkan benda tu. tapi yang aku mimpi ni xpernah terlintas pun pasal dia.

hari tu xsemena2 aku mimpi pasal org yg aku admire satu ketika dulu. dalam mimpi tu dia dalam keadaan sedih sebab dia kehilangan org yg paling dia rapat (kawanla bukan girlfriend or family). dari jauh aku dah nampak dia tgh sedih. tp waktu tu aku dgn pkwe aku & aku seboleh2 xnk tanya dia kenapa. pas2 adalah somebody desak aku utk aku ambik tau pasal dia & tenangkan dia la senang cakap. lepas tu aku pun datang dekat ngan dia & tanya dia kenapa. barulah dia cerita org yg rapat dgn dia meninggal dunia (ustaz ape ntah..) so aku pun cube tenagkan dia. tiba2 dia peluk aku & barulah dia cam calm down sikit dlm pelukan aku tu... aku pun xfaham apa maksud mimpi aku ni. aku harap ianya xde maksud apa2. nama pun mimpi. aku cuma anggap mainan tidur je semua tu...
 

Life's Journey Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates